Thursday, July 1, 2010

Ghost Stories - #4

Zeila tergamam. Cebisan kain putih itu macam sama dengan baju putih yang di pakai oleh makhluk putih yang di mimpinya. Dengan perlahan dia menghampiri kain putih itu.

“Adakah kain ini daripada makhluk yang aku langgar semalam,” bisik hati Zeila.

Untuk memastikan kain itu bukan daripada makhluk yang di langgar, Zeila memeriksa keretanya.

“Tiada darah atau kemek pun. Dari mana datangnya kain ni,” bisik hatinya.

Zeila terus merenung kain itu. Zeila cuba membuang cebisan kain putih itu tetapi kain itu seperti melekat pada keretanya. Setelah mencuba beberapa kali, kain itu tanggal dan Zeila membuangnya di atas tanah.

Ibu dan ayahnya yang baru keluar dari dapur tidak perasaan dengan apa yang di buat oleh Zeila. Mereka, seperti biasa akan bertikam lidah. Zeila hanya memandang mereka dan membuka pintu untuk mereka.

Sepanjang perjalanan menuju ke Hospital Kuala Pilah fikiran Zeila bercelaru memikirkan dengan kejadian-kejadian aneh sejak petang semalam. Selepas selesai ayahnya berjumpa doktor, Zeila membawa kedua orang tuanya makan tengah hari di pekan Kuala Pilah. Sedang dia menikmati makanannya, dia terpandang Pakcik tua yang menumpanginya pada malam sebelum itu memandang dia dari jauh. Zeila melambai tangan memanggil orang tua itu. Melihat kelakuan Zeila, ibunya berpusing dan mencari apa yang di lambai oleh anaknya.

“Siapa yang Zeila lambai?” tanya ibunya.

“Tu Pakcik tua kat tepi sana tu,” terang Zeila.

“Mana?” tanya ibunya lagi.

“Kat tepi kedai sana tu. Yang pakai kopiah putih itu,” terang Zeila lagi.

Ibu dan ayahnya mencari siapa orang tua itu dan apabila di lihat tiada sesiapa mereka berpandangan antara satu sama lain. Selesai makan, mereka pun pulang ke rumah.

Pada malamnya, seperti biasa, selepas solat Zeila akan membaca buku dulu sebelum tidur. Sedang dia asyik membaca, terdengar sayup-sayup suara memanggil namanya. Suara itu semakin lama semakin kuat dan dekat bunyi. Zeila berasa seram dan bulu romanya naik tegak. Zeila menutup mata dan tidak berani bergerak.

Setelah lebih kurang 15 minit, suara itu senyap. Zeila berasa lega sedikit walaupun perasaan seram masih ada. Dia membuka matanya perlahan-lahan dan apabila di memusingkan kepalanya ke kanan, dia terlihat satu wajah yang menyeramkan merenung dia.

Zeila cuba menjerit tetapi suara tidak keluar. Wajah seram itu bertukar ke satu wajah yang hodoh dan menakutkan. Matanya bertukar kepada warna merah dan rambut putih yang panjang itu kusut masai. Makhluk hodoh itu mencekup tangan Zeila tetapi Zeila meronta dan menolak hantu itu. Zeila cuba menjerit sepanjang pergelutan itu, tetapi mahkluk itu sangat kuat.

Dengan marah, makhluk itu terus berkata, “Siapa suruh kau buang kain putih itu?” katanya dengan suara yang garau dan kuat.

“Kain itu kau telah cemarkan dan sekarang kau akan aku bawa pergi sebagai penggantinya,” kata makhluk itu lagi.

Zeila cuba meronta dan melawan makhluk itu, tetapi dia kaku. Dia juga lupa akan ayat-ayat Quran yang sepatutnya di baca. Makhluk itu kemudian merenung dan mengangkat kedua tangannya untuk mencekik leher Zeila. Zeila ketakutan dan terus pengsan. Makhluk itu kemudian mengangkat Zeila dan membawanya pergi.

Kemanakah Zeila di bawa oleh makhluk itu? Siapkah orang tua itu? Tunggu sambungan nya…..

4 comments:

  1. wah! makin seram dan ganas. New rating 18SG! heheheee....

    ReplyDelete
  2. saya terbayabg ziela tido kat bilik bawah kat rumah kampung..bilik saya dulu...

    ReplyDelete
  3. dasyat imaginasi acik... hehehe jgn biar diri diselubingi misteri....

    ReplyDelete