“Bang Zuki, tolong Zeila bang. Zeila tak nak tinggal kat sini bang,” rayu Zeila.
“Zeila kat mana ni? Beritahu abang biar abang boleh keluarkan Zeila dari tempat itu,” tanya Zuki.
Belum sempat Zeila memberitahu Zuki, tiba-tiba wajah yang menakutkan menerjah ke Zuki. Zuki terperanjat dan tergamam.
“Hah! Kau ingat kau boleh selamatkan adik kau! Kau lupakan aja. Kalau kau berdegil aku akan lenyapkan adik kau untuk selama-lamanya,” sergah mahkluk itu.
Zuki memberanikan dirinya dan menanya mahkluk itu, ”Kenapa kau kacau adik aku?”
“Hahahahahahahahaha….,” ketawa mahkluk itu.
Zuki berasa seram mendengar ketawa makhluk yang menakutkan itu tetapi dia memberanikan dirinya. Dia cuba menerkam mahkluk itu tetapi mahkluk itu lebih pantas mencekam lehernya. Zuki rasa tercekik tetapi dia kuatkan semangatnya dan melawan makhluk itu. Dia tidak berhenti-henti membaca ayat Kursi.Dia berasa lemas dan ingatkan dia akan tewas. Sebaliknya dengan kuasa Allah, cengkaman di lehernya makin lama makin lemah dan apabila di buka matanya, mahkluk itu hilang. Dia terus terjaga dari tidur. Badannya berpeluh dan terasa sakit di lehernya. Di memandang jam di tepi katil dan di lihatnya jam baru pukul 4 pagi.
Zuki bangun dari tidur dan terus mengambil wudhu. Dia terus sembahyang dan mengaji di bilik Zeila sementara menanti subuh. Ibunya yang mendengar Zuki mengaji bangun untuk melihat apa yang terjadi.
“Kenapa Zuki? Tak boleh tidur ke?” tanya ibunya.
“Tak ada apa bu,” jawabnya. Dia tak mahu menambah kerisauan kedua orang tuanya.
“Ibu masuklah tidur dulu. Zuki rasa nak mengaji pula,” jelasnya pada ibunya.
“Ibu tak boleh tidur juga. Ibu risau kalau Zeila tak jumpa,” kata ibunya sambil menangis.Zuki bangun menghampiri ibunya. Di pegangnya tangan ibunya.
“Ibu, Zuki janji dengan ibu yang Zuki akan cari Zeila sampai dapat,” janji Zuki pada ibunya.
“Ibu ingat tak Halim kawan Zuki kat Mesir dulu,” tanya Zuki.
Ibunya menangguk kepala. Dia memandang Zuki sambil bertanya,”Halim yang nakal tu?” tanya ibunya.
“Iya bu. Dia dah tak nakal dah sejak balik dari Mesir. Dia adalah salah seorang anak murid Ustaz Kasim. Zuki akan call dia pagi besok minta bantuan dari dia,” terang Zuki pada ibunya.
Ibunya diam dan hanya termenung. Zuki memimpin tangan ibunya dan membawa keluar bilik menuju ke kerusi dan duduk. Zuki yang masih memegang tangan ibunya duduk sebelah ibunya. Masing-masing diam. Tiba-tiba ibunya bangun dan menuju ke bilik air.
“Kita mengaji sama-sama Zuki,” ajak ibunya.
“Baiklah ibu,” jawab Zuki.
Mereka mengaji bersama hingga subuh. Sedang mereka mengaji, Mazlan pun bangun dan menyertai mereka. Bila subuh menjelang, mereka bersama-sama solat subuh. Ibu mereka dan isteri Mazlan terus menyediakan sarapan pagi. Sementara menunggu sarapan siap, Marzuki keluar mencari Zeila sekeliling rumahnya. Tepat pukul 7 pagi, Zuki menalipon Halim.
“Oooh sedap lagu Halim ni,” kata Zuki seorang diri.
Marzuki tidak menunggu lama kerana Halim sudah lama bangun dari tidur.
“Assalamualaikum” kata Halim.
“Waalaikumusalam”jawab Zuki. “Maaf kacau kau pagi-pagi ini,” kata Zuki.
“Tak apa. Kau nak ajak aku breakfast ke?” tanya Halim.
“Boleh, aku kat kampung sekarang. Kalau kau nak, bolehlah datang kampung aku sekarang. Aku belanja,” jawab Zuki.
“Aa eelah. Ingatkan kau kat KL. So apa hal call aku pagi-pagi ini?” tanya Halim.
“Aku sebenarnya nak minta pertolongan sikit daripada kau,” beritahu Zuki.
“Tolong apa?”, tanya Halim.
“Kau ingat adik aku tak Zeila?” tanya Zuki
“Zeila? Ingat. Macamana tak ingat pula. Adik kau tu cantik orangnya,” jawab Halim.
“Sebenarnya gini, Halim,” mula Zuki. “Adik aku hilanglah.,” kata Zuki dengan nada sedih.
“Hilang? Macam mana dia boleh hilang? Kena culik ke?” tanya Halim dengan serius.
“Bukan. Dia hilang pada waktu malam ketika tidur di kampung. Aku nak minta tolong kau bantu aku cari adik aku ni. Kau kan anak murid Ustaz Kasim,” kata Zuki lagi.
“Oh! Gitu,” kata Halim. “Tapi Zuki, aku bukannya pandai sangat,” kata Halim merendah diri.
“Tolonglah Halim sebab aku dah minta Tok Imam kat sini tolong. Dia kata benda ni kuat dan minta kami cari orang yang pandai melawan benda ini,” terang Zuki.
“Apa Tok Imam tu dah buat?” tanya Halim.
“Ohh kami baca yassin, sembahyang tahajjud dan hajat dan berzikir. Malam tadi aku dah tabur garam kasar dan lada hitam sekeliling rumah aku ni,” terang Zuki.
“Pagi ini kami patut cari Zeila tapi aku rayu kau datang. Bantu aku,” rayu Zuki.
“Okaylah. Kalau gitu, aku akan datang. Tapi aku terpaksa beritahu boss aku yang aku tak masuk kerja esok,” kata Halim lagi.
“Halim, tolong cepat sikit ya. Bila kau sampai nanti, aku cerita dengan kau lagi and I owe you one,” kata Zuki.
Halim hanya ketawa mendengar kata-kata kawannya. Dia pun bersiap sedia untuk ke kampung Zuki. Sebelum itu, dia menghantar email kepada majikan dia tentang permergiannya ke kampung Zuki. Setelah asar baru habis urusan Halim dan dia cepat-cepat bertolak ke kampung Zuki. Dia dapat merasai bahawa kes ini agak sulit dan mungkin mengambil masa untuk memulihkan adik Zuki.
Walaupun Halim kawan baik Zuki tapi dia tidak beberapa mengenali keluarga Zuki. Mereka dah berkawan sejak mereka pertama kali berjumpa di Mesir 10 tahun yang lalu. Halim merupakan setahun lebih tua dari Zuki dan mengambil jurusan perubatan sementara Zuki pula dalam bidang undang-undang Syariah. Dalam 10 tahun persahabatan mereka, Halim hanya pernah ke kampung Zuki dua kali ketika majlis perkahwinan kakak sulung dan abang Zuki. Itu pun sudah lebih kurang 3 tahun yang lalu. Dia tidak pernah berjumpa dengan adik Zuki melainkan melihat gambar Zeila yang di tunjukkan oleh Zuki.
Sementara menunggu Halim tiba, Zuki dan orang-orang kampung terus mencari Zeila. Puas mereka redah segala pelusok kampung, tetapi masih gagal menemui Zeila. Akhirnya, mereka berkumpul semula di rumah Zeila.
Sedang orang kampung berkumpul di rumah Zeila, Halim yang sedang dalam perjalanan ke kampung Zuki, ternampak seorang tua berdiri di tepi jalan di Ulu Bendul. Pakcik tua itu menahan keretanya dan dia memberhentikan keretanya lalu menjemput Pakcik tua itu naik.
“Pak cik nak kemana ni?” tanya Halim.
“Pak cik nak ke Tanjong,” jawab orang tua itu. “Anak nak ke mana?” tanya Pakcik tua
itu.
“Saya nak ke rumah kawan kat Tanjong juga,” kata Halim.
Sepanjang perjalanan, mereka tidak berkata apa-apa sampailah ke rumah Zeila. Apabila melihat kereta Halim, Zuki cepat-cepat keluar dan menuju ke kereta Halim. Apabila sampai ke kereta Halim, Zuki tergamam kerana melihat orang tua itu.
“Assalamualaikum,” tegur Zuki sambil memandang orang tua itu.
“Waalaikumussalam,” jawab Halim.
“Siapa sama kau tu Halim?” tanya Zuki.
“Oh! Pakcik ni tahan kereta aku kat Ulu Bendul tadi. Dia kata nak ke Tanjung jadi aku bawalah sampai sini,” terang Halim. Dia berpusing dan memandang Pakcik tua itu.
“Pakcik, saya sampai sini aje. Pakcik jauh lagi ke nak pergi?” tanya Halim pada Pakcik tua itu.
“Pakcik nak datang sini juga lah. Nak jumpa kau berdua,” jelas dia sambil memandang Zuki.
Kedua-dua mereka terperanjat kerana Pakcik tua ini mencari mereka.
Apakah yang hendak di beritahu oleh orang tua itu pada Halim dan Zuki?
Bersambung.....
perrghh!!! ape org tua tu nak story eh?? cepat upload yg seterusnye. thank you :)
ReplyDeletepakcik tua muncul lagi...penuh misteri pakcik ni.tidak sabar #8 huhu...
ReplyDeletepakcik tua ni misterius tul lah... tp i like element suspend byk citer ni. buat saya pingin tau lg
ReplyDelete