Zuki dan Halim berpandangan antara satu sama lain. Orang ramai yang berkumpul di rumah Zeila pun tertanya-tanya apakah yang di ketahui oleh orang tua ini.. Memandangkan Zuki masih tergamam, Mazlan menjemput orang tua itu dan Halim masuk ke dalam.
“Ah! Jemputlah masuk, Pakcik, Halim.,” kata Mazlan.
Mereka terus ke dapur dan Zuki menjemput mereka duduk. Ketika Halim hendak duduk, dia ternampak kedua-dua orang tua Zuki dan dia terus pergi berjumpa ibu dan ayah Zuki untuk bertanya khabar. Kemudian Halim pun menyertai Zuki dan Pakcik tua itu untuk mendengar penjelasan Pakcik tua yang penuh misteri ini.
Apabila Halim sudah duduk, Pakcik tua itu pun berkata, “ Kau berdua jangan terkejut macam mana Pakcik tau benda ini.’
Zuki dan Halim saling memandang antara satu sama lain.
“Ceritakan lah Pakcik,” kata Zuki dengan tidak sabarnya. “Apa yang Pakcik tahu pasal kehilangan Zeila ini?” tanya Zuki.
“Sebelum Pakcik ceritakan apa yang berlaku, biar Pakcik terangkan siapa Pakcik sebenarnya,” kata Pakcik tua itu. “Nama Pakcik, Yusof. Pakcik bukanlah dukun tapi Pakcik pernah bertapa di kawasan itu dulu. Kalau ada apa-apa yang berlaku di kawasan itu, Pakcik akan tahu,” terangnya pada mereka.
Zuki dan Halim serta Mazlan diam. Mereka berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar pengjelasan Pakcik ini.
“Pada Jumaat malam lalu, adik kau sebenarnya telah terlanggar salah seorang penunggu di kawasan Bukit Putus tu. Yang di langgar oleh adik kau tu bukan sebarangan. Dia anak ketua penunggu tu dan ketua tu telah mengamuk. Dia nakkan nyawa adik kau sebagai penggantinya,” jelas Pakcik itu lagi.
“Pada masa yang sama Pakcik baru keluar dari hutan kat Ulu Bendul itu dan nampak salah seorang penunggu hutan itu mengekori adik kau,” kata Pakcik tua. “Dia cuba merosakkan kereta adik kau tetapi Pakcik telah berjaya menahan dia hari itu. Pakcik juga dah minta tolong pada ketua mereka jangan ganggu Zeila tapi tak berjaya,” jelas Pakcik itu.
“Sekarang ni Pakcik tau Zeila kat mana?” tanya Mazlan.
“Pakcik tak tahu tetapi Pakcik dapat rasakan anak ini dapat mencari dan memulihkan Zeila,” kata Pakcik tua itu sambil menunding jari pada Halim “Pakcik juga harap kau cepat-cepatlah cari adik kau tu takut kalau lama sangat, dia hilang terus,” kata Pakcik tua itu.
Ibu Zeila yang mendengar kata-kata orang tua itu terus menangis dan meminta Halim mencari anaknya. Halim berpusing memandang ibu Zeila dan sambil mengangguk kepalanya, berkata pada ibu Zeila, “Insyallah, makcik saya akan cuba selamatkan Zeila.”
Kemudian Halim terpandang leher Zuki. Di lihatnya ada tanda lebam di leher Zuki dan setelah di renung nya dia meminta segelas air kosong.
“Boleh berikan aku satu gelas air kosong ?” pinta Halim pada Zuki.
Zuki pun bangun dan mengambil segelas air kosong seperti yang di pinta dan menghulurkan pada Halim. Halim mengambil air itu dan terus membaca sesuatu ke atas air itu. Setelah selesai,dia menghulur air itu pada Zuki. Zuki memandang Halim dengan penuh tanda tanya.
“Malam tadi kau kena ganggu kan? Kau kena cekik. Ada tanda lebam di leher kau dan kau masih merasa sakit kat leher tu kan?” tanya Halim pada Zuki
Zuki hanya mengangguk kepala dan terus meminum air yang di beri oleg Halim.
“Insyallah dengan kehendak Allah, air ini dapat meredakan kesakitan di leherkau dan memulihkan semangat kau. Kau Bismillah dan selawat tak?,” tanya Halim.
“Sudah and terimakasih,” kata Zuki.
Memandangkan banyak yang Pakcik tua ini tahu, Halim cuba mendapatkan lebih maklumat daripada Pakcik tua itu.
“Pakcik!,” panggil Halim, “Pakcik tau ke cara-cara nak menghalau atau menghalang benda ni dari terus mengacau?” tanya Halim.
“Pakcik tak tau, nak. Yang pakcik tau mereka ni kuat,” jelas Pakcik itu lagi. “Selama ini mereka tak pernah pun kacau manusia tetapi sejak Bukit Putus tu dah di tarah dan kawasan mereka dah di usik, mereka jadi marah dengan manusia,” jelas Pakcik itu.
“Pernah ke kejadian seperti ini berlaku di kampung-kampung lain,” tanya Halim
“Tak pernah pula Pakcik dengar tetapi masa pembikinan jalan raya kat Bukit Putus tu banyak juga gangguan berlaku. Tanya orang kampung semua tahu apa yang berlaku,” jelas Pakcik tua itu lagi.
Zuki dan Halim mengucapkan terima kasih kepada Pakcik tua itu kerana memberitahu apa yang berlaku pada Zeila.
“Terima kasihlah Pakcik kerana memberitahu saya pasal ini. Sekarang ni saya tahu apa yang sebenarnya berlaku,” kata Halim. “Insyallah dengan kuasa Allah, kita akan dapat membawa Zeila balik,” kata Halim lagi.
Kemudian Halim pun bangun dan berjalan keluar untuk mengambil barang di dalam keretanya. Sambil berpusing, Halim berkata pada Zuki, “Kita mulakan selepas Isyak. Kalau boleh jangan bagi orang lain ada di sini,” pinta Halim pada Zuki.
Zuki mencari Pak Ali yang kelihatan baru sampai ke rumah mereka. Selepas bersalaman, Zuki memperkenalkan Halim pada Pak Ali dan memberitahu permintaan Halim itu pada Pak Ali.
“Pak Ali, Halim akan mula lepas Isyak Dia minta agar orang kampung jangan datang malam ini semasa dia mencari Zeila,” kata Zuki.
“Kenapa?” tanya Pak Ali.
“Saya tak mahu benda tu mengacau orang lain, Pak Ali. Pak cik Yusuf tu cakap benda ini agak kuat dan merbahaya,” jelas Halim.
Pak Ali faham akan maksud Halim itu dan memberitahu penduduk kampung supaya tidak datang ke rumah Zeila pada malam nanti. Setelah mendengar kata-kata Pak Ali, orang kampung pun beredar pulang dan mengucapkan selamat berjaya pada Halim dan Zuki. Pak cik tua itu pun meminta diri untuk pulang dulu. Kemudian Halim memberitahu Mazlan seelok-eloknya anak bininya di hantar ke rumah emak mertuanya. Mendengar permintaan Halim itu, Mazlan pun menghantar bini dan anak-anaknya pergi kerumah mak mertuanya di Bahau.
Selepas Isyak, seperti yang dijanjikan Halim mengajak Zuki dan Mazlan memulakan usaha mencari adik mereka. Tempat yang mula-mula di tuju oleh Halim ialah bilik Zeila. Masuk saja Halim kebilik Zeila dia terus melaungkan azan sekuat-kuatnya. Sedang Halim melaungkan azan, tiba tiba angin kencang bertiup di luar.
Semua yang ada di dalam rumah tercengang dengan kejadian itu. Selepas habis azan, Halim berjalan keluar menuju ke arah kereta Zeila. Angin masih kuat kencang bertiup dan sedang dia melangkah kaki menuju ke kereta Zeila, langkahnya terhenti.
Apakah yang menyebabkan Halim berhenti?
Tunggu sambungan nya……
uhhh hati2 halim...apakah yg akan terjadi kpd halim?? wah tidak sabar ini.tapi bagus cara ateh menghabiskan setiap episod, ada unsur2 suspens gitu
ReplyDeletehalim konfran ngan penghulu BP ke ateh? cepat sikit yer... fans dah tak sabar ni.
ReplyDeletezai, syok la pulak cerita u ni....i pun x sabar nak tunggu #9
ReplyDelete