Zeila berganjak ke depan dari tempat duduknya dan hampir jatuh. Cepat-cepat Halim memaut Zeila dengan tangan kanannya.
“Ugh!” kata Halim dengan penuh debaran.
Dia tidak pernah memeluk seorang wanita sebelum ini. Dia merasa kekok. Sementara itu Zeila terus memeluk leher Halim ketakutan dan juga agar dia tidak jatuh. Halim serba salah. Zuki yang nampak apa yang berlaku, melaung kepada Halim.
“Halim, Zeila okay ke?” tanya Zuki
“Ya, ya dia okay,” jawab Halim.
Halim dengan perlahan menyuruh Zeila melepaskan pelukannya di leher. Zeila enggan kerana takut jatuh. Halim memujuk Zeila lagi.
“Okay Zeila, apa kata awak paut pokok itu sementara saya pegang awak. Saya janji saya tak akan biarkan awak jatuh,” pujuk Halim.
Zeila masih tidak bergerak. Sebaliknya Zeila meletakkan kepalanya di bahu Halim dan menutup matanya ketakutan. Berderau darah Halim kerana pelukan Zeila itu.
“Zeila, tolong lah buat seperti yang saya suruh. Kalau tidak, kita dua-dua jatuh nanti,” pujuk Halim lagi.
Zeila mengeleng kepalanya. Halim terus memujuk.
“Saya tak akan lepaskan awak sehingga awak kata okay,” pujuk Halim lagi.
Setelah beberapa kali di pujuk, akhirnya Zeila akur. Perlahan-lahan dia melepaskan tangannya. Apabila kedua-dua belah tangan Zeila sudah memeluk pokok itu, Halim merasa lega.
“Boleh saya lepaskan tangan saya?”, tanya Halim.
Zeila memaling mukanya kearah Halim dan memandang tepat pada Halim.
“Bolehke?” tanya Halim lagi.
Zeila mengangguk kepalanya. Halim dengan perlahan melepaskan tangannya dari Zeila. Memandangkan Zeila sudah berada dikeadaan yang selamat, Halim pun mengambil tali yang di bawanya naik untuk diikat dibadan Zeila.
“Saya akan ikatkan tali ini ke badan awak dan kemudian saya akan turunkan awak perlahan-lahan. Awak jangan pandang ke bawah semasa saya menurunkan awak,” terang Halim.
Zeila mengangguk. Sebelum mengikat ke badan Zeila, Halim memandang ke atas untu melempar tali itu di dahan atas. Dia tidak jadi melempar tali itu apabila terpandang seekor ular sawa menjalar di dahan atas itu. Ular itu sedang tidur dan tidak bergerak.
“Alamak,” kata Halim. “Macam mana ini,” katanya lagi.
Mendengar itu, Zeila mendongak ke atas. Bila dia nampak ular itu, Zeila memeluk pokok itu sekuat-kuatnya.
“Tolong saya! Tolong saya!,” katanya perlahan. “Saya takut,” kata Zeila lagi.
“Okay, okay,” kata Halim. “Saya akan lilitkan tali ini ke pokok ini. Awak tolong ambil tali ini dan lilitkan di batang pokok itu,” arah Halim sambil menghulur tali itu pada Zeila.
Zeila tidak bergerak sikit pun kerana takut. Halim tiada pilihan lagi dan merapatkan badannya pada Zeila agar dia boleh melilit tali itu sendiri. Bila Zeila nampak Halim dalam kesukaran hendak melilit tali itu, dia dengan perlahannya mengambil tali itu dari tangan Halim. Tangan mereka bersentuhan Halim sekali lagi di landa panik. Apabila Zeila sudah melilit tali itu, dia menghulur hujung tali itu pada Halim.
“Awak boleh pusing sikit tak sebab saya nak lilit tali ini di badan awak, kata Halim.
Zeila melepaskan sebelah tangannya dari pokok itu dan Halim kemudian melilit tali di badan Zeila. Apabila tali itu sudah kuat di ikat, Halim melilit sebahagian tali itu di dahan yang di dudukinya. Kemudian Halim memberi isyarat pada Zuki tanda mereka sudah bersedia untuk turun.
“Zuki, kami dah ready,” laungnya pada Zuki.
“Okay Zeila, saya akan turunkan awak perlahan lahan. Awak lepaskan pelukan awak dari pokok itu dan berpaut pada saya dulu. Selepas itu perlahan lahan awak bergensut ke hadapan. Saya tidak akan lepaskan awak,” kata Halim.
Zeila akur kerana tiada pilihan lain. Dia mengangguk dan melakukan seperti yang di suruh. Halim memegang tali itu dengan kuatnya supaya Zeila tidak jatuh.Sementara itu, Zuki telah mengarahkan orang kampung mengambil kain kanvas yang boleh menadah adiknya jika jatuh.
“Okay Dik, perlahan lahan turun. Abang ada kat sini,” kata Zuki.
Mendengar abangnya memangil Zeila memandang ke bawah dan dia hampir melepaskan pelukannya. Halim cepat-cepat memegang Zeila.
“Hati-hati,” kata Halim sambil menurunkan Zeila perlahan-lahan.
Akhirnya Zeila selamat sampai ke bawah. Ibunya yang telah menunggu terus memeluk dan mencium dia. Mazlan dan ibunya serta orang-orang kampung membawa Zeila balik ke rumah. Sementara itu, Halim yang masih di atas pokok menghadapi dilema.
Amboi!! i like part, berderau darah and halim dilanda panik. kekekekekeee!
ReplyDeletehahaha romantik nyaaaaaa
ReplyDeleteulor sawo tu putung stim tul la kekeke