Zeila yang sudah beberapa hari tidak makan dan minum kelihatan sungguh lemah. Dia melelapkan mata sambil berbaring sahaja di atas katilnya.
“Kak Long, Zeila nak minum,” pinta Zeila pada kakaknya, Zahra.
Kakaknya keluar dan pergi mendapatkan ibunya yang sibuk di ruang dapur.
“Bu, main air Zeila yang Halims sediakan tu?” tanya Zahra.
“Dalam botol air tu yang dekat tepi periok nasi tu,” kata ibunya.
Zahra membawa air dan gelas ke bilik Zeila dan menuangkannya untuk Zeila. Dengan perlahan Zeila duduk untuk minum.
“Bismillah dan selawat dulu sebelum minum,” pesan ibunya dari muka pintu bilik. “Minum perlahan-lahan,” pesannya lagi.
Zeila pun melakukan apa yang di suruh oleh ibunya. Habis sahaja dia minum dia merasa loya.
“Zeila nak muntah Kak Long,” kata Zeila.
Cepat-cepat Zeila di bawa ke bilik air oleh kakaknya. Sesampai di bilik air, Zeila muntah dan apa yang keluar adalah kotoran. Sementara itu, Zuki dan Halim lalu di belakang bilik air itu. Halim sudah dapat merasakan yang Zeila akan muntah memandangkan dia telah di beri makanan yang kotor oleh mahkluk itu.
Halim dan Zuki masuk ke dapur. Zeila yang masih lemah itu berjalan kearah biliknya dan bila hampir di ruang dapur, Zeila tersungkur hampir jatuh. Secepat kilat, Halim menyambut Zeila. Zeila dan Halim berpandangan sesama sendiri dan dengan cepat mereka mengalih pandangan.
Zahra dan Zuki yang berada berdiri agak jauh dari Zeila, datang hampir ke Zeila dan mengambil Zeila dari Halim. Mereka membawa Zeila ke biliknya dan membaringkan Zeila. Halim kemudian duduk di sofa bersama Mazlan, ayah dan ibu Zeila. Zarina, kakak Zeila yang kedua, datang menghidang minuman.
\
“Minumlah Halim,” jemput ayah Zeila.
“Terima kasih Pakcik,” balas Halim sambil mengambil air kopi.
“Mazlan cakap kau tak boleh turun dari pokok tadi,” tanya ibu Zeila pada Halim.
Halim mengangguk dan tersenyum malu kerana cerita dia tidak boleh turun pokok sudah diketahui ramai. Zuki yang baru keluar dari bilik Zeila duduk sebelah Halim.
“Apa tak suruh Zuki saja yang panjat tadi? Masa kecil-kecil dulu, itulah kerja dia memanjat pokok besar tu,” tanya ibunya sambil menunjuk kepada Zuki.
“Sebenarnya makcik, saya nak pastikan tiada apa yang menggangu kat atas pokok itu. Itu sebab saya panjat,” terang Halim. “Saya ingatkan senang panjat pokok terutama bila saya lihat pokok tu dahannya agak rendang,” kata Halim lagi.
“Zeila macam mana?” tanya Halim.
“Dia nampak okay aje selain daripada lemah dan muntah tu,” kata Zahra.
“Banyak gigitan serangga kat badan dia tapi kami dah bubuh minyak gamat,” kata Zarina, kak ngah Zeila.
“Bagus tu. Nanti saya bagi minyak saya dan tolong sapukan di belakang telinga, perut, di belakang lutut dan kaki Zeila,” kata Halim. “Oh, jangan tinggalkan dia seorang diri. Pastikan sentiasa ada orang menjaga dia,” pesan Halim. “Insyaallah dia akan pulih seperti sedia kala,” kata Halim.
Sementara itu, orang kampung yang mendengar berita Zeila sudah di jumpai, datang mengziarahinya. Kakak Zeila memastikan bahawa Zeila tak dikerumuni oleh orang ramai. Orang kampung berasa bersyukur dan lega kerana Zeila sudah di temui dan berharap episod dengan makhluk ini berakhir.
Pada malam itu, masing-masing tidur agak awal kerana kepenatan dengan kejadian siang hari itu. Sedang mereka nyenyak tidur, tiba-tiba mereka di kejutkan dengan bunyi jeritan yang nyaring.
Siapa yang menjerit…tunggu sambungan
No comments:
Post a Comment