Friday, July 30, 2010

Ghost Stories #23

“Jangan! Jangan usik aku,” terdengar suara Zeila dari dalam bilik.

Zuki memandang Halim dan mereka bangun dan pergi melihat Zeila. “Zeila! Zeila!” panggil Zuki sambil mengetuk pintu bilik.

Zuki terus mengetuk pintu bilik tetapi Zeila masih meracau-racau dalam biliknya. Ibu dan bapanya bangun mendengar ketukan pintu bilik Zeila. Setelah beberapa ketika, Zeila bangun dan membuka pintu bilik.

“Kenapa?” tanya Zeila

“Zeila okay ke? Tadi dengar Zeila meracau-racau,” kata Zuki.

Zeila seperti kebingungan kerana tidak ingat apa-apa tentang mimpinya. Halim menyampuk dan menyuruh Zeila membaca ayat Kursi dan juga ayat-ayat suci al-Quran sebelum tidur. Zeila mengangguk kepalanya. Kali ini Zeila di temani oleh ibunya. Semua tidur nyenyak sehinggalah mereka di kejutkan dengan deruan angin yang kuat.

Deruan angin kencang itu mengejutkan semua di dalam rumah itu. Ibu Zeila cepat-cepat bangun untuk memastikan Zeila tidak apa-apa. Bila dia melihat tiada apa-apa yang berlaku pada Zeila, ibunya keluar untuk memastikan ayah Zeila yang kurang sihat itu tidak apa-apa. Halim dan Zuki juga turun ke ruang dapur dan mereka semua berkumpul di ruang dapur.

“Tak pernah pun kampung ini di landa rebut,” kata ayah Zeila.

“Pelik betul kan bang,” kata ibu Zeila.

Halim diam sahaja. Dia cuba memastikan bahawa kejadian ini bukan serangan dari mahkluk itu. Sementara Zeila keluar dari biliknya dalam keadaan panik.

“Kenapa Zeila?” tanya ibunya

Zeila diam dan tidak berkata apa-apa. Dia merenung Halim dengan tajamnya. Memandang keadaan Zeila itu, Halim dengan pantas mendekati Zeila. Zuki yang melihat Zeila juga menghampiri Zeila sambil memandang Halim.

“Kenapa dengan Zeila?” tanya Zuki.

Halim diam tanpa menjawab soalan Zuki. Dia memandang Zeila dan kemudian mengangkat kedua belah tangannya dan meletakkan di kedua-dua belah telinga Zeila. Halim merapatkan mulutnya ke telinga Zeila dan terus melaungkan azan. Zeila menjerit dengan kuatnya sambil meronta. Halim tetap meneruskan azan di telinga Zeila. Apabila sudah habis azan, Zeila berhenti menjerit tapi masih nampak cemas. Halim kemudian memegang kedua belah bahu Zeila dan membaca seseuatu ke telinga Zeila. Lama juga Halim membaca dan akhirnya Zeila diam dan kembali tenang. Ibu Zeila membawa Zeila ke sofa.

“Aku rasa benda itu mengamuk lagi,” kata Halim. “Aku tak pasti apa akan berlaku tetapi kita kena berhati-hati,” kata Halim. “Aku cadangkan kita mengaji dulu untuk mengurangkan amukan makhluk itu,” kata Halim lagi.

Zuki mengangguk dan mereka pergi mengambil wuduk. Sedang mereka mengaji, terdengar bunyi balingan di atas atap rumah Zeila. Semua memandang ke atas. Ibu Zeila pucat dan dia terus beristigfar. Zeila menutup mukanya ketakutan dan melihat keadaan Zeila itu, ibunya terus memeluknya.

Keadaan tenang sebentar tetapi deruan angin masih kencang. Setelah beberapa ketika Halim dan Zuki menyambung mengaji semula. Tak sampai dua minit mengaji, terdengar lagi balingan atas bumbung dan kali ini balingan itu lagi kuat. Semua terperanjat. Lampu semua padam. Zuki bergegas mencari lilin dan mancis api. Makhluk itu terus mengamuk. Zuki dan Halim kali ini melakukan sembahyang hajat meminta pertolongan. Selepas habis sembahyang mereka meneruskan menggaji. Bila hampir subuh baru angin kencang itu berhenti dan keadaan aman seperti sedia kala.

“Dah berhenti pun dia,” kata ibu Zeila.

“Nampaknya begitulah,” kata ayah Zeila.

Mereka semua sembahyang subuh berjemaah berimamkan Halim. Selepas sembahyang, Halim keluar untuk melihat keadaan sekeliling. Bila Halim keluar, keadaan di luar tenang dan bersih seolah-olah tiada apa yang berlaku. Semua yang berlaku itu seperti satu halusinasi mereka sahaja. Halim terpaku dengan kejadian ini. Dia berjalan sekeliling rumah dan semuanya seperti sedia kala.

“Aduh! Kuat betul benda ini,” kata Halim. “Aku tak pernah jumpa perkara seperti ini,”
kata Halim sambil memerhati kearah kubur cina itu.

Bersambung hari Isnin...

2 comments:

  1. takut episode yg ni. sampai terkejut i...

    ReplyDelete
  2. uih i pun.ganas makhluk ni.seram part dia baling benda atas bumbung

    ReplyDelete