Sunday, July 25, 2010

Ghost Stories #20

Semua bangun dan bergegas ke bilik Zeila. Ibu Zeila yang tidur bersama Zeila cuba menenangkan Zeila tetapi gagal. Zuki yang tidur di atas meluru masuk ke bilik Zeila. Halim turut turun sama tetapi dia hanya berdiri di luar pintu bilik sahaja.

“Zeila! Zeila!,” panggil Zuki sambil mengoncang bahu Zeila.

Zeila terus menjerit dan meronta-ronta. Melihat keadaan Zeila itu, Halim pergi ke dapur dan mengambil segelas air. Dia membaca sesuatu ke atas air itu dan kemudian dia memanggil Zuki dan menyuruhnya membasuh muka Zeila dengan air itu. Zuki melakukan apa yang disuruh. Zeila tersentak apabila air itu menghinggapi mukanya dan berhenti menjerit dan meronta. Zuki keluar dari bilik dan berjumpa Halim.

“Dia kena lagi ke?” tanya Zuki pada Halim.

“Aku rasa tidak. Dia hanya terkejut dan mungkin teringat apa yang berlaku. Insyaallah makhluk itu tidak mengacau dia lagi,” kata Halim. “Aku syorkan dia banyak mengaji dan berzikir agar fikirannya tenang. Sebelum aku balik esok, aku periksa dia,” kata Halim.

“Kau nak balik esok?” tanya Zuki.

“Ya. Zeila dah jumpa dan insyaallah dia okay, jadi aku ingat aku nak balik sebab aku cuti pun sampai besok aje,” kata Halim.

Zuki mengangguk kepalanya dan menyampaikan apa yang dicakap oleh Halim pada ibu dan kakak-kakaknya. Mereka semua mask tidur semula apabila melihat Zeila sudah tidur. Halim tidak boleh lelap kerana memikirkan keadaan Zeila. Dia tidak beberapa yakin yang makhluk itu tidak menganggu Zeila lagi. Setelah beberapa lama dia juga tertidur.

Setelah subuh, Halim keluar menuju ke keretanya sambil membawa beg pakaiannya. Dia bercadang hendak bertolak setelah memeriksa Zeila. Apabila sudah sampai ke keretanya, Halim merasakan ada sesuatu memerhatikannya. Dia berpusing perlahan-lahan mencari siapakah yang memerhatikan dia tetapi tiada apa-apa yang kelihatan.

Halim memasukkan beg bajunya ke dalam kereta dan selepas itu membersihkan keretanya. Sedang dia membersihkan keretanya, dia terlihat Zeila keluar dengan keadaan rambut yang tidak terurus. Dia perhatikan Zeila dari jauh sahaja.

“Ke mana Zeila ni nak pergi?” kata Halim seorang diri.

Zeila berhenti sebentar memandang Halim. Halim senyum pada Zeila tetapi Zeila tidak membalas senyuman Halim. Sebaliknya, Zeila berjalan terus menuju kearah belakang rumah. Halim berhenti membersihkan keretanya dan menumpukan perhatiannya pada Zeila. Zeila berjalan perlahan-lahan menuju ke pokok besar itu. Halim cepat-cepat mengejar Zeila dan memanggil Zeila.

“Zeila! Zeila!” panggil Halim.

Zeila terus berjalan tanpa menghiraukan Halim. Halim terus berlari dan memegang bahu Zeila. Zeila berpusing dan menepis tangan Halim. Mata Zeila buntang memandang Halim. Halim tergamam melihat perubahan pada Zeila. Zeila terus berjalan.

“Oh! Ini sudah kena balik ni, kata Halim.

“Zeila! Zeila,” panggil Halim lagi dan kali ini dipegangnya tangan Zeila.

Zeila menepis tetapi Halim memegang erat. Zeila berpusing dan menghadap Halim. Dia cuba melepaskan tangannya dari Halim. Bila tidak berjaya, dia cuba menolak Halim. Tolakannya agak kuat tetapi Halim tidak jatuh. Halim memeluk Zeila dari belakang agar kedua-dua belah tangannya tidak boleh bergerak. Zeila meronta-ronta sambil menjerit-jerit kuat. Ini menyukarkan Halim untuk membawa dia balik dan juga membaca ayat Kursi dan ayat-ayat yang lain di telinga Zeila. Walaupun sukar, akhirnya Halim dapat menenangkan Zeila dan akhirnya Zeila berhenti menjerit dan meronta. Dia pengsan.

Zuki dan Mazlan yang mendengar jeritan Zeila meluru kearah Zeila. Bila mereka sampai, mereka dapati Halim tengah mendukung Zeila. Halim menghulurkan Zeila pada Zuki.

“Ugh! Beratnya,” kata Zuki.

“Tak larat ke? Tanya Halim.

“Bolehlah. Tak ada masaalah,” jawab Zuki.

Sementara itu, Mazlan berjalan perlahan bersama Halim. Dia risau kerana adiknya masih terganggu.

“Kenapa?” tanya Mazlan.

“Dia pengsan. Kena rasuk,” jawab Halim pendek.

Mereka sampai di rumah dan Zuki membaringkan Zeila di katil sementara Halim dan Mazlan duduk di meja makan dimana sarapan pagi sudah terhidang.

“Apa yang berlaku?” tanya Zuki pada Halim.

“Aku tengah kemaskan kereta aku bila aku lihat Zeila keluar dengan keadaan tak terurus. Aku perhatikan kemana dia pergi dan bila dia pergi ke belakang arah pokok tu, aku panggil dia,” terang Halim. “Dia terus jalan dan bila pegang dia, dia marah dan tepis aku. Masa itu aku dah tahu dah dia mesti dah kena semula,” kata Halim. “Puas juga aku berusaha untuk melemahkan dia,” kata Halim.

Halim juga menyuruh ibu Zeila menyapu air yang telah di sediakan dulu pada muka Zeila supaya dia sedar. Ibu Zeila melakukan seperti di suruh dan setelah beberapa ketika, Zeila sedar. Manakala itu, mereka yang berada di meja makan diam sambil meminum sarapan pagi. Ibu Zeila datang semula ke meja makan. Dia kelihatan panik.

“Halim, macam mana nak sembuhkan Zeila ni,” tanya ibu Zeila. “Kalau boleh, pulihkanlah Zeila dulu sebelum balik,” minta ibu Zeila.

“Betul Halim, aku rayu pada kau jangan balik dulu. Kau tolonglah Zeila dulu. Aku tak mahu dia hilang lagi,’ kata Zuki.

“Bukan aku tak nak terus tinggal dan pulihkan Zeila tapi cuti aku dah habis. Apa kata boss aku kalau aku tak balik,” kata Halim lagi.

Semua yang berada di meja itu memandang Halim dengan penuh harapan. Halim memerhatikan seorang lepas seorang.

“Nantilah saya cuba telefon pejabat saya kalau saya boleh sambung cuti saya. Tapi saya hanya boleh ambil cuti sampai hari Khamis aja,” kata Halim.

Dapatkah Halim menyambung cutinya?

Tunggu sambungannya..

2 comments: