Jeritan Mazlan itu di dengari oleh Pak Ali dan beberapa orang kampung yang baru sampai. Mereka berlari masuk dan melihat Mazlan meronta-ronta. Mereka segera menolong memegang Mazlan.
Sementara itu Halim yang baru sahaja habis membaca ayat-ayat Quran di air itu kemudian menyembur air itu ke muka Mazlan. Mazlan tersentak dan terdiam sebentar. Halim kemudian mengambil lada hitam dan meletakkannya pada ibu jari kaki Mazlan. Dia memicit perlahan tetapi jeritan Mazlan amat kuat sekali.
“Aaaaaaargggggggghhhhhhhhhhh,” jerit Mazlan sambil meronta-ronta.
“Kau siapa?” tanya Halim. “Kenapa kau datang mengacau kami?” tanya Halim lagi.
Mazlan diam tanpa menjawab. Halim memicit lagi lada hitam itu.
“Aku tanya lagi sekali. Apa yang kau mau dari kami? Kenapa kau kacau kami,” tanya Halim lagi.
Tiada jawapan dan kali ini Halim memicit sedikit kuat ibu jari Mazlan.
“Aaaaaaaaargggggggggggghhhhhhhhhhh,” jerit Mazlan.
Semua yang ada di sekeliling Mazlan merasa seram dengan jeritan itu.
“Keluar kau dari sini. Pergi kau balik ke tempat asal kau,” suruh Halim.
“Tidakkkkk,” kata Mazlan tetapi suara yang keluar dari mulut Mazlan bukan suara dia. Suara yang keluar ini lebih garau dan menakutkan.
“Aku tak kan balik selagi aku tak dapat apa yang aku hendakkkk,” kata mahkluk itu.
“Balik!” kata Halim.
“Tidakkkkk!” katanya lagi.
“Zuki, kau tolong baca ayat kursi kat telinga Mazlan,”pinta Halim.
Zuki melakukan seperti yang di suruh sementara Halim terus memicit ibu jari kaki Mazlan. Makhluk itu masih degil dan tidak mahu keluar. Dia menendang dan meronta-ronta. Mereka yang memegang Mazlan sudah merasa penat dan berpeluh-peluh.
“Aku pinta dengan baik ni,” kata Halim sekali lagi. “Keluar dari sini dan aku akan lepaskan kau,” kata Halim pada makhluk itu.
“Tidakkkkkkkkk!” kata makhluk itu.
Pujukan demi pujukan di buat oleh Halim tetapi makhluk itu terus enggan untuk meninggalkan Mazlan. Setelah lama bertarung dan tidak tahan dengan kesakitan, akhirnya makhluk itu bersetuju untuk keluar.
“Aku pinta lagi sekali,” kata Halim. “Kau balik ke tempat asal kau dan aku tak akan apa-apakan kau,” janji Halim.
“Baik, aku keluar sekarang” katanya dengan nada kepenatan dan kesakitan.
“Janji kau tak datang kacau mereka lagi,” kata Halim.
Makhluk itu diam. Halim sekali lagi memicit ibu jari kaki Mazlan.
“Aku janji tak kacau dan kau tolong lepaskan aku,” kata makhluk itu.
Makhluk itu pergi dan sebelum pergi dia sempat memandang dengan muka yang bengis ke arah Halim. Setelah makhluk itu pergi, Mazlan pun sedar dan memandang orang di sekelilingnya.
“Kenapa dengan saya ni?” tanya Mazlan melihat orang ramai berada di kelilingnya.
“Alhamdulillah! Kau dah sedar” kata Pak Ali.
“Kau kena rasuk dengan makhluk dekat pokok besar tadi tapi alhamdulillah dia dah pergi,” terang Halim.
Mazlan cuba duduk tetapi tidak berdaya kerana keletihan. Dia berbaring semula. Halim kemudian memberi air yang di dalam gelas tadi kepada Mazlan. Setelah Mazlan meminum air itu, dia baring semula dan terus melelapkan mata dan tidur.
Setelah Mazlan tidur, orang ramai pun beredar pulang. Halim juga berasa penat dan bangun menuju ke pintu. Sampai di muka pintu, langkah Halim terhenti. Di berdiri tegak memandang ke luar.
Kenapa Halim berhenti dan apa yang di lihat oleh Halim?
Sambungan esok.....
No comments:
Post a Comment