Halim cuba untuk maju ke hadapan, tetapi kakinya seakan-akan berat dan tidak boleh di angkat. Halim memejam matanya sambil membaca sesuatu. Tiba-tiba dia merasa bahunya di tepuk. Halim berpusing dan ternampak makhluk berbadan sasa dan besar berdiri di belakangnya. Matanya merah dan giginya tajam.
“Cis!" kata makhluk itu dengan marahnya. "Berani kau nak melawan aku,” kata mahkluk itu pada Halim.
“Aku bukan nak melawan kau. Aku hanya nak mengambil hak aku,” kata Halim pada mahkluk itu secara lembut.
“Hah! Hak engkau? Engkau siapa? Apa kaitan kau dengan budak itu?” ejek mahkluk itu.
“Dia adik kawan aku. Aku kenal dia. Dia meminta di selamatkan,” kata Halim .
“Tidak!' kata makhluk itu sambil berdengus. "Aku tak kan pulangkan dia. Dia akan jadi milik aku!” kata mahkluk itu sambil ketawa.
“Dia manusia. Dia ada keluarga di sini dan dia tidak boleh hidup di dunia kau,” kata Halim lagi.
Mendengar kata-kata Halim itu makhluk itu marah. Makhluk itu mula hendak menyerang Halim tetapi Halim tidak gentar. Halim terus memandang mahkluk itu tanpa sebarang perasaan takut.
“Apa yang kau mahu? Cakap pada aku. Mungkin aku boleh beri apa yang kau mahu,” kata Halim lagi.
Mahkluk itu terus ketawa. “Tak ada apa yang kau boleh bagi,” kata makhluk itu.
“Kau belum beritahu aku lagi macam mana kau tau aku tak boleh tolong,” kata Halim dengan nada yang sinis.
“Ahhh!,” kata makhluk itu marah apabila mendengar kata-kata Halim dan dia cuba menerkam Halim.
Halim cepat-cepat mengangkat kedua belah tangannya menahan terkaman mahkluk itu. Makhluk itu terperanjat kerana Halim dapat menahannya.
“Oohh kau tahan aku ya,” kata mahkluk itu sambil berjalan menapak ke belakang.
Matanya tidak lepas memandang Halim. Dengan pantas dia berpusing dan menendang Halim. Halim jatuh. Mahkluk itu mahu memijak Halim tetapi Halim mengelak mahkluk itu. Zuki dan Mazlan yang memerhatikan kejadian itu cemas bila melihat Halim jatuh.
“Oh! Kau main kasar ya,” kata Halim.
Makhluk itu mendengus. Marahnya pada Halim meluap-luap. Halim memaksa dirinya tenang agar tidak melakukan kesilapan. Sambil berdiri dan memandang makhluk itu, Halim membaca sesuatu supaya dapat menundukkan mahkluk itu. Makhluk itu tidak puas hati dan terus mencuba memukul Halim tetapi nyata Halim lebih pantas.
Dia dapat mematahkan serangan makhluk itu. Makhluk itu berang dan terus melakukan serangan demi serangan,tetapi semuanya dapat dipatahkan oleh Halim. Setelah bertarung lebih kurang 30 minit, akhirnya Halim dapat menewaskan makhluk itu. Dia menumbuk tepat pada dada mahkluk itu. Mahkluk itu jatuh dan terus hilang dari pandangan Halim. Sebelum hilang, makhluk itu berjanji akan kembali semula. Pada masa yang sama, angin yang bertiup kencang itu pun reda. Zuki meluru kearah Halim.
“Kau okay Halim?” tanya Zuki dengan risaunya.
“Aku tak apa-apa,” jawab Halim.
“Apa yang berlaku tadi?” tanya Zuki.
“Benda tu datang menyerang aku. Nasib baik aku dapat kalahkan dia tapi sebelum dia pergi, dia kata dia akan datang semula. Kita kena cepat cari adik kau,” kata Halim.
Halim pun pergi menuju ke kereta Zeila. Bila sampai di kereta Zeila, dia berdiri di bahagian belakang kereta Zeila. Lama dia berdiri dan memandang sekitar kereta itu.
“Adik kau masih selamat,” kata Halim pada Zuki.
“Dia tidak pergi jauh,” katanya lagi sambil memandang persekitarang rumah Zeila.
Tiba-tiba dia ternampak sesuatu di belakang bilik air. Dia bergegas menuju ke situ. Sampai di belakang bilik air, Halim berhenti. Dia tercari-cari barang yang dia nampak tadi. Tiba-tiba suara makhluk itu kedengaran.
“Hahahahaha.,” gelak suara itu dengan bunyi yang amat menakutkan.“Aku dah kata bukan senang nak jumpa budak itu,” ejeknya lagi.
“Apa yang kau mahu?” jerit Halim.
Benda itu hanya ketawa dan terus hilang. Halim terus mencari-cari barang itu bersama Zuki dan Mazlan. Selepas 20 minit mencari, mereka pun berhenti. Halim terus berdoa agar di beri petunjuk di manakah Zeila.
Halim kemudian menuju ke kereta Zeila semula. Di amati keadaan kereta Zeila dan kali ini dipegang nya bahagian hadapan kereta Zeila. Firasatnya kuat mengatakan Zeila masih ada di kawasan perkampungan rumahnya. Untuk menyelesaikan masalah ini, dia mesti tahu apa yang berlaku sebelum Zeila hilang. Dia masuk semula ke dalam rumah dan berjumpa ibu Zeila.
“Kau dah tahu kat mana Zeila, Halim? Tanya ibu Zeila.
“Belum makcik,” kata Halim. “Tapi makcik boleh beritahu saya apa yang sebenarnya berlaku pada Zeila pada malam sebelum dia hilang?” tanya Halim.
“Yang makcik ingat, selepas Isyak dia masuk tidur dulu. Tak tahulah kalau dia tidur terus atau baca buku sebab dia ni suka membaca sebelum tidur. Dia pun ada kata yang pada malam sebelum tu dia ada mimpi yang menakutkan. Selain dari itu, makcik tak ada dengar apa-apa yang pelik pula,” kata ibu Zeila lagi.
“Ada apa-apa yang ganjil berlaku tak?” tanya Halim lagi.
“Tak ada pula. Malam tu senyap sunyi aje. Bunyi cengkerik pun tak ada,” kata ibu Zeila lagi.
Halim memandang ibu Zeila dan kemudian meminta izin untuk masuk ke bilik Zeila. Dia kemudian masuk bersama Zuki. Apabila masuk, dia dapat merasakan sesuatu tetapi dia tidak pasti apa.
“Aku rasa aku nak tidur di sini malam ni. Boleh tak?” tanya Halim pada Zuki.
“Boleh. Aku join kau sekali,” kata Zuki.
Mereka pun keluar memberitahu ibu Zeila tentang rancangan mereka. Ibu Zeila memberi kain
selimut dan bantal kepada Zuki. Sedang mereka tidur, Halim bermimpi berjumpa Zeila.
“Tolong! Tolong selamatkan saya,” kata Zeila.
“Awak di mana?” tanya Halim.
“Saya tak tahu tapi kawasan ini gelap dan sunyi,” kata Zeila.
“Cuba awak pegang tangan saya supaya saya boleh selamatkan awak,” kata Halim.
Zeila pun memegang tangan Halim dan apabila Halim hendak membawa Zeila pergi, tiba-tiba ianya bertukar rupa.
Apa yang di pegang oleh Halim itu? Tunggu sambungannya....
wahhhh suspend ateh... jiwa kacau baca ep ni... sungguh mencemaskan.
ReplyDeletetegak bulu roma la zai...
ReplyDelete