Tuesday, July 13, 2010

Ghost Stories -#12

“Halim!” jerit Zuki. “ Ada ular di sebelah kanan kau,” jeritnya lagi.

Halim berpaling ke arah kanan dan nampak seekor ular hitam menyusur laju ke arahnya. Halim dengan pantas bergerak ke kiri untuk mengelak dari di patuk ular itu. Ular itu kemudian berpusing ke arah Halim semula dan kali ini, ia tegak memandang Halim. Zuki dan Mazlan kaget ketakutan dan mereka tidak berani bergerak.

Tiba-tiba mata ular itu bertukar menjadi kemerah-merahan dan ianya tidak bergerak-gerak memandang Halim. Memandang perubahan pada mata ular itu, Halim pasti bahawa ular ini adalah jelmaan makhluk tadi. Setelah lama memandang antara satu sama lain, ular itu kemudian mengeluarkan bunyi “hissss” yang kuat dan kemudian memaling kepalanya memandang Mazlan.

Zuki dan Mazlan bertambah takut. Mereka tak pernah melihat kejadian seperti ini tetapi Halim tetap tenang. Tiada sebarang perkataan pun kedengaran antara mereka. Sedang masing-masing memerhati ular itu, ular itu bertukar menjadi satu makhluk yang besar dan hodoh dan menunjukkan dirinya pada Zuki dan Mazlan. Zuki dan Mazlan terkejut dan mahu melarikan diri tetapi seperti di pukau mereka tidak boleh bergerak. Mereka terpaku di tempat itu.

Makhluk itu dapat merasai yang Mazlan dalam ketakutkan. Dia memandang Mazlan dan dengan pantas dia menyerang Mazlan. Mazlan tidak sempat untuk mengelak serangan itu. Dia terus rebah. Makhluk itu kemudian meresapi tubuh Mazlan. Melihat abangnya di serang, Zuki cuba menolong abangnya tetapi Mazlan menolak Zuki. Zuki jatuh.

“Zuki, jangan lawan,” tegah Halim. “Itu bukan Mazlan tetapi mahkluk tadi dah merasuk dia,” kata Halim lagi.

Zuki dengan pantas beredar dari situ sementara Halim bergerak ke arah Mazlan. Apabila Halim sampai sahaja ke Mazlan, dengan pantas Mazlan bangun dan menyerang Halim. Halim tidak sempat menepis pukulan Mazlan dan ia hinggap ke perut Halim. Halim tunduk sambil tangannya memegang perut.

“Aduhhh,” kata Halim dengan nada kesakitan.

Kemudian Mazlan dengan pantas berlari ke arah jirat Cina. Dia memanjat pagar itu dengan senangnya walaupun badan Mazlan besar. Memandangkan Mazlan melarikan diri , Halim dengan pantas mengejar Mazlan walaupun perutnya masih sakit.
.
“Zuki, tolong aku kejar Mazlan,” jerit Halim.

Zuki pun berlari pantas mengejar Mazlan. Sampai di pagar, Halim terkial-kial memajat pagar sementara Zuki yang tinggi lampai dan kurus itu senang melepasinya.

“Kau kejar dia tapi jangan buat apa-apa sampai aku datang,” pesan Halim pada Zuki.

Zuki terus mengejar Mazlan yang sudah jauh ke hadapan. Halim yang sudah berjaya melepasi pagar itu berlari dengan pantasnya mendaki bukit itu dan memotong Zuki. Setelah berada agak tinggi juga, Mazlan berhenti dan berpusing memandang Halim. Kali ini, mata Mazlan sudah berubah menjadi merah. Rambutnya yang kemas itu menjadi kusut masai.

Halim berhenti sambil menunggu Zuki yang masih jauh ketinggalan di belakang. Apabila sampai ke Halim, Zuki tercungap-cungap kepenatan. Dia membongkokkan badannya sambil memandang Mazlan.

“Kau okay,” tanya Halim apabila melihat Zuki tercungap-cungap.

Zuki hanya mengangguk kepalanya.

“Okay, kau pergi ke arah kanan sementara aku akan hampiri dia. Kalau dia lari arah kau, kau tackle dia,” beritahu Halim pada Zuki.

“Okay,” jawab Zuki.

Mereka pun bergerak seperti yang di rancangkan. Mazlan memerhatikan mereka.

“Kau lepaskan Mazlan,” kata Halim pada makhluk itu apabila dia sudah hampir dengan Mazlan.“Yang kau dendam ialah aku bukan dia,’ kata Halim lagi.

Mazlan diam saja. Dia merenung Halim dan kemudian berpaling pula ke arah Zuki. Zuki berasa seram tetapi di beranikan diri mendekati Mazlan. Memandangkan Mazlan dan Zuki sudah menghampiri nya, Mazlan berlari meluru pada Halim. Halim dapat mengelaknya. Mazlan jatuh tersungkur bila kakinya tersangkut di tepi kubur cina itu. Halim kemudian menerkam Mazlan dari belakang. Zuki turut membantu menangkap Mazlan

Mazlan meronta-ronta mahu melepaskan dirinya tetapi Halim kuat memeluknya. Halim mengunakan segala apa yang di pelajari untuk melemahkan mahkluk itu. Lama juga Halim mengambil masa untuk menundukkan mahkluk itu.

“Jom kita papah Abang Lan balik dulu,” kata Halim setelah Mazlan tidak melawan mereka lagi. “Aku kena pulihkan dia dulu sebelum mencari Zeila,” kata Halim pada Zuki.

Dapatkah mereka membawa Mazlan balik ke rumah?

Tunggu sambunganya.

2 comments:

  1. fuh makhluk ni skrg serang mazlan plak...ok ditunggu ya ep seterusnya.terima kasih

    ReplyDelete