Bau wangi itu makin kuat dan mereka yang ada bersama Halim dan Zuki pun terbau bau wangi itu. Masing-masing bergerak ke arah Zuki.
“Halim, bau apa tu?” tanya Zuki dengan kuat.
“Tak ada apa,” kata Halim cuba menenangkan kawan-kawan yang lain.
Halim mencangkung dan memegang pangkal pokok itu. Dia ternampak bayangan Zeila berada di situ. Halim terus membaca sesuatu dan tiba-tiba dahan pohon yang agak besar jatuh dari atas.
“Halim, dahan jatuh,” jerit Aman.
Halim tak sempat mengelak dan terkena bahunya. Nasib baik tidak kena tepat, kalau tidak Halim boleh pengsan. Dia cepat cepat bangun. Bahunya terasa sakit sikit tetapi tidak di hiraukan. Halim sudah dapat merasakan bahawa Zeila ada di pohon itu. Dia mendongak dan ternampak Zeila berada tinggi di celah dahan pohon yang besar itu.
Zuki,” tunjuk Halim. “Zeila kat atas sana,” kata Halim
Zuki mendongak memandang ke atas.
“Masyaallah,” kata Zuki. “Macam mana boleh duduk kat atas tu?” kata Zuki.
“Kita kena turunkan dia cepat,” kata Halim.
“Macam mana nak turunkan. Tinggi tu,” kata Syamsul
“Cari tali supaya kita boleh ikat dan turunkan dia. Aku akan panjat pokok ni,” kata Halim.
“Eh boleh ke Halim,” tanya Zuki. “Setahu aku kau tak suka memanjat,” kata Zuki lagi.
“Biar aku naik kat atas tu sebab tak tahu apa yang menunggu kita kat atas tu,” kata Halim sambil tersenyum.
Sebenarnya dia juga tidak sabar untuk melihat Zeila. Jelmaan Zeila dalam mimpinya membuat Halim ingin sangat melihat Zeila. Dia pun tahu dia akan menghadapi masaalah bila memanjat nanti tetapi dia tidak hiraukan itu semua.
Berita Zeila di temui tersebar di seluruh kampung. Orang ramai mula berkumpul di pokok besar itu. Setelah menunggu dalam setengah jam, akhirnya tali yang di pinta oleh Halim pun di perolehi. Halim mengikat tali rafia ke hujung tali besar itu dan mengikat tali raffia itu di lengannya. Sambil mengikat, dia memandang ke arah Zeila dan berdoa agar dapat memanjat dan menurunkan Zeila. Dalam hatinya, dia bersyukur kerana pokok itu mempunyai banyak dahan dan ianya agak rendang. Halim menjangka dia tidak sukar hendak memanjat pokok itu.
“Bismillahirahmanirahim,” kata Halim sambil memulakan panjatannya.
Setelah lima minit, Halim mendapati agak sukar untuk memanjat pokok itu.
“Ceh! Susah juga ya memanjat pokok ini,” kata Halim pada diri sendiri.
“Nampak senang tapi susah,” kata Halim.
“Halim!” jerit Zuki. “Kau boleh ke panjat pokok ini?” tanya Zuki.
“Boleh! Boleh!” jawab Halim.
Halim kuatkan semangatnya dan tidak putus asa. Dengan perlahan Halim dapat memanjat pokok itu. Setelah setengah jam, barulah Halim sampai ke Zeila, Berpeluh-peluh badan Halim.
“Phew! Sampai akhirnya, kata Halim. Halim memandang ke bawah.
“Whoa,” kata Halim dengan cepat memaut dahan pokok itu. Dia berasa gayat bila memandang ke bawah.
“Ugh boleh ke aku bawak Zeila turun ni?” kata Halim sambil mendongak memandang Zeila.
Halim hanya satu dahan di bawah Zeila, Dia perlu naik ke dahan yang diduduki oleh Zeila tetapi kedudukan Zeila menyukarkan Halim untuk naik ke dahan itu. Halim berfikir macam mana hendak naik ke dahan itu sambil tidak mengejutkan Zeila. Pada masa yang sama dia melihat pakaian Zeila.
“Nasib baik si Zeila ni pakai seluar tidur. Kalau pakai kain ke, gaun ke susah aku,” katanya seorang diri.
Setelah berusaha beberapa kali, akhirnya Halim berjaya menaiki ke dahan yang di duduki Zeila. Dia duduk di dahan itu dan perlahan-lahan menghampiri Zeila agar Zeila tidak terkejut. Apabila sudah hampir dengan Zeila, Halim memandang ke bawah untuk memerhatikan tiada apa yang boleh menghalang dia menurunkan Zeila. Halim kemudian perlahan-lahan memanggil Zeila.
“Zeila! Zeila!” panggil Halim sambil memegang dahan kecil yang berhampiran itu.
Zeila tidak menjawab hanya memandang pada Halim saja dengan renungan yang tajam.
“Parah ni,” kata Halim.
“Zeila, ini Halim kawan abang Zuki,” kata Halim perlahan.
“Saya nak bawa Zeila turun,” kata Halim lagi.
Bila Zeila mendengar Halim nak membawa dia turun, Zeila memandang ke bawah. Dia terperanjat lalu menjerit.
Dapatkah Halim menyelamatkan Zeila?
Tunggu ya...mungkin sambungan hari rabu...
eee seramlah membayangkan zeila bertenggek di dahan pokok
ReplyDeletebertengek pastu muka pucat aja...
ReplyDelete