Halim berjalan keluar menuju ke keretanya untuk menyambung kerjanya yang terhenti di sebabkan oleh Zeila tadi. Dia bercadang memanggil pejabatnya pada pukul 8.30 pagi bila dia pasti bosnya sudah masuk. Sementara menunggu untuk memanggil bosnya, dia pergi semula ke kereta Zeila. Dia mahu memastikan kereta itu tidak ada apa-apa yang rosak.
“Buat apa tu?” tanya Zuki bila dilihatnya Halim memeriksa kereta adiknya.
“Tak ada apa. Aku saja nak tengok Vios ni,” kata Halim.
“Kereta kau lagi hebat. Honda Accord lagi,” kata Zuki.
Halim tersenyum aja. Dia masih memeriksa kereta Zeila. Zuki masuk ke dalam dan mengambil kunci kereta Zeila. Bila sampai semula ke kereta Zeila, dia membuka kunci kereta itu. Halim mengangkat kening kearah Zuki.
“Nah!” kata Zuki sambil membaling kunci kereta kepada Halim.
Halim menyambut kunci itu tetapi dia tidak membuka pintu kereta. Sebaliknya dia bersandar di kereta Zeila sambil memandang Zuki.
“Bersih kereta dia,’ kata Halim.
“Dia rajin kemas kereta. Tak macam aku, barang aku penuh dalam kereta,” kata Zuki.
Halim ketawa kecil dan mengunci pintu kereta Zeila.
“Eh! Tak nak tengok ke?” tanya Zuki.
“Tak apalah. Nanti orang kata aku penyibuk,” kata Halim sambil memulangakan kunci kereta.
Halim kemudian meminta diri untuk memanggil pejabatnya. Panggilannya di jawab terus oleh bosnya.
“Eh! Macamana budak perempuan itu?’ tanya bos Halim.
“Kami jumpa dia kelmarin. Di di sorok atas pokok belakang rumah dia. Keadaannya masih lemah lagi,” kata Halim. “Pagi ini dia kena lagi. Dia pergi semula kearah pokok tu. Nasib baik saya sempat tahan, Nampaknya susah nak lawan makhluk tu” kata Halim lagi.
“Saya juga nak beritahu tuan yang saya nak sambung cuti saya lagi. Saya rasa saya nak pulihkan Zeila betul-betul. Boleh saya cuti sampai Khamis?” tanya Halim.
“Ada temujanji penting minggu ni?” tanya bosnya lagi.
“Tak ada,’ kata Halim.
“Kalau gitu, awak balik kerja hari Isnin sajalah. Awak lama tak cuti,” kata bosnya.
“Terimakasihlah,” kata Halim.
“Eh! Halim, kalau perlukan pertolongan telepon saya. Nanti saya bantu,” kata bosnya yang juga berguru dengan Ustaz Kasim.
“Insyallah saya akan hubungi tuan jika saya perlukan pertolongang,” kata Halim.
Mereka mengakhiri perbualan dengan masing-masing mengucapakan terimakasih. Halim masuk ke dalam rumah dan memberitahu ibu Zeila yang dia bercuti sampai Ahad. Zuki yang terdengar perbualan mereka mengucapkan terima kasih pada Halim. Setelah sedar dari tidurnya,Zeila terperanjat melihat abang-abang dan kakak-kakaknya berada di kampung.
“Kak Long, bila balik?” tanya Zeila bila kakaknya yang sulung, Zahra, duduk di sebelahnya.
“Kak Long balik hari Ahad hari tu masa Zeila hilang,” jawab Zahra.
“Zeila hilang? Bila? Macamana?” tanyanya lagi.
“Zeila tak ingat ke?”tanya Zahra.
“Tak. Zeila tak ingat apa-apa pun,” kata Zeila.
“Habis Zeila tak ingat lah yang Zeila berada di atas pokok besar belakang rumah tu,” tanya Zahra.
“Apa atas pokok besar dekat kubur cina tu?” tanya Zeila.
“Ya,” jawab Zahra.
Zeila menggelengkan kepalanya. Dia cuba mengingati apa yang berlaku tetapi tidak ingat. Yang dia ingat ialah dia di selamatkan oleh seseorang di atas pokok dan dia memeluk orang itu.
“Yang Zeila ingat ada orang yang bawa Zeila turun dari pokok itu. Abang Zuki ke yang tolong Zeila?” tanya dia lagi.
“Tak, Kawan abang Zuki, Halim,” beritahu kakaknya.
Zeila mengangkat mukanya dan memandang keluar dan ternampak Halim duduk di kerusi di ruang dapur. Merah mukanya bila terkenangkan apa yang berlaku di atas pokok itu.
“Kenapa muka tiba-tiba merah,” tanya Zahra risau jika adiknya di rasuk lagi..
“Tak ada apa-apa,” kata Zeila sambil cuba menyembunyikan perasaanya malunya. “Zeila nak pergi mandilah. Rasa lekit pula badan ini,” kata Zeila lagi.
“Zeila hati-hati sebab masih lemah lagi,” kata Zahra.
Zeila bangun perlahan-lahan dan cuba mengambil pakaiannya tetapi terpaksa berhenti sebentar.
Dapatkah Zeila menuju ke bilik air?
Tunggu sambungannya...
halim kerja apa ya? di ep sebelumnya cuma diberitahu dia anak murid ustaz kasim
ReplyDeleteRasanya Episod 3 atau 4 ada kata dia seorang doktor
ReplyDeletetiada pula tu bilang ateh.di #7 ada tp cuma bilang halim anak murid ustaz kasim baru balik blaja dari mesir...oo dia doktor ya, cun tuh!
ReplyDeleteoh ada ada...di #7 ada bilang halim mengambil jurusan perubatan :)
ReplyDeletedoctor halim upa nyer... ok lah tu.
ReplyDeleteok sangat
ReplyDelete