Thursday, July 29, 2010

Ghost Stories #22

“Dik hati-hati?” kata Zahra sambil memegang Zeila. “Boleh?” tanyanya lagi.

Zeila mengangguk kepala dan mengambil barang-barang yang hendak digunakan ke dalam bilik air. Semasa dia keluar bilik, Halim tiada di dapur dan dia berasa lega kerana tidak perlu bersemuka dengan Halim.

Setelah selesai mandi, Zeila pun keluar dengan memakai t-shirt dan kain. Kali ini Halimsudah ada di dapur semula. Mereka berpandangan dan Halim melemparkan senyuman pada Zeila. Zeila berasa malu, tunduk dan terus berjalan cepat-cepat ke biliknya.
Sepnajang hari itu Zeila nampak sihat dan ceria. Tiada tanda dia akan meracau lagi. Orang ramai yang menziarahi Zeila pun setuju bahawa Zeila sudah nampak pulih. Melihat keadaan Zeila sudah beransur pulih, kakak-kakaknya dan Mazlan pun memohon diri untuk pulang ke rumah masing-masing.

Selepas sembahyang maghrib, mereka sekeluarga membaca yassin dan doa selamat. Halim menjadi imam. Selepas solat, mereka pun duduk makan malam. Zeila yang telah sihat pun duduk bersama mereka untuk makan. Baru sahaja habis makan, terdengar seseorang memberi salam. Zuki menyambut salam itu. Terdiri dua orang kampung tercungap-cungap di pintu dapur.

“Kenapa ni Mat?” tanya Zuki. “Masuklah,” jemput Zuki.

“Terimakasih sajalah. Adik aku, Lina, kena rasuk dan meracau-racau kat rumah aku itu.

“Bila kenanya?” tanay ibu Zeila.

“Baru lagi makcik. Kami baru nak makan,” kata Mat lagi. “ Aku minta tolong lah Halim, Zuki,” kata Mat lagi.

Mereka bergegas ke rumah Mat yang terletak lebih kurang 750 meter dari rumah Zeila. Di sekeliling rumah Mat terdapat beberapa rumah orang lain dan juga di kelilingi oleh pokok buah-buahan. Sesampai di rumah, ibu Mat memberitahu adiknya telah lari dan ayahnya dan adik lelaki Mat tengah mengejar Liza. Sementara itu, orang kampung yang mendengar berita ini mula datang ke rumah Mat.

“Mak tahu tak ke mana Liza tuju,” tanya Mat.

“Mak tak perasan sebab cepat betul dia lari,” kata ibu Mat dengan perasaan cemas.

“Okaylah, kita berpecah kepada tiga kumpulan,” kata Zuki yang bertindak sebagai ketua. “Kita berkumpul semula di sini pukul 12 tengah malam. Jika Liza dah di ketemui, tolong ketuk gendang kat surau tu,” kata Zuki lagi.

Semua bersetuju dan mereka membahagikan diri kepada tiga kumpulan. Semua bergerak mengikut kumpulan mereka tetapi Halim berdiri sambil memandang kearah jalan raya.
Halim berjalan menuju ke jalan raya dan di seberang jalan itu di dapati Liza tengah duduk di pangkin bawah pokok ciku di tepi rumah tinggal. Halim bergegas ke pokok itu dan apabila dia sampai berhampiran pokok itu di dapati Liza duduk dalam kebingungan, Mat cepat-cepat pergi mendekati adiknya tetapi Halim menahannya. Mat memandang Halim dan begitu juga yang lain-lain.

Halim dapat merasakan ada suatu kuasa yang mengawal Liza. Dia terus membaca sesuatu untuk melemahkan kuasa itu. Semua yang berada di situ diam tidak berkata apa-apa. Apabila Halim selesai, dia memberi isyarat kepada Mat supaya menghampiri adiknya.
Mat bergerak perlahan-lahan mendekati adiknya. Bila sudah hampir dia duduk sebelah adiknya dan memegang tangan adiknya dan menganjak adiknya pulang. Liza kelihatan ketakutan dan cuba lari tetapi dapat di tahan oleh Mat. Dengan perlahan dia membawa Liza balik ke rumah.

Sesampai di rumah, Halim meminta segelas air dan membaca sesuatu ke atas air itu. Halim menyuruh Mat memberi Liza minum air itu dan juga membasuh air ke muka Liza.

“Insyallah dia akan pulih. Dia terkejut tadi tu,” kat Halim. “Suruh dia baca ayat Kursi dan juga ayat tiga Qul. Banyak-banyak bawa mengaji,” pesan Halim.

“Terima kasih Halim,” kata Mat. “Berapa bayarannya?” tanya Mat lagi.

“Eh! Saya tolong ikhlas. Saya tak minta apa-apa pun,” kata Halim.

“Terima kasih lah Halim,” kata ibu Liza.

Halim menganggukkan kepalanya dan berjalan keluar. Ayah dan adik Liza yang keluar mengejar Liza pun sampai semula ke rumah. Mereka pun mengucapkan terima kasih pada Halim.

Semasa dalam perjalan balik ke rumh Zeila, Halim merasa kurang senang. Dia dapati seolah-olah ada sesuatu yang memandang dan mengekorinya. Dia berpusing tapi dia apa yang di lihatnya.

“Kenapa Halim?” tanya Zuki bila melihat Halim diam.

“Tak ada apa-apa” jawab Halim dan mereka meneruskan perjalanan tanpa berkata apa-apa antara mereka.

Selepas menunaikan sembahyang Isyak, mereka menonton tv sebelum masuk tidur. Zeila pun menonton tv bersama dengar mereka. Dia masuk tidur dulu sebelum Zuki dan Halim. Sedang mereka menonton tv, mereka terdengar suara Zeila dari dalam bilik

Betulkah itu suara Zeila?

Tunggu sambungannya...

2 comments: