Thursday, July 22, 2010

Ghost Stories - #18

“Aaahh,” katanya seorang diri. “Macam mana aku nak turun ni?” katanya lagi. “Masa naik aku rasa macam hero, sekarang ni semua dah pergi aku masih kat atas ni,” keluh Halim.

Zuki yang melihat Halim berdiri di dahan itu melaung kepadanya.

“Oi! Kau tak nak turun ke?” jerit Halim. “Kau nak ganti tempat Zeila ke?” tanya Zuki lagi.

“ Eh! Aku ada problemla. Aku rasa gayatlah dan tak tahu nak turun ni,”kata Halim lagi.

“Hahahahahahaha,” gelak Zuki dengan kuatnya.

Tawa Zuki itu didengari oleh Aziz dan Seman. Mereka berhenti dan berpusing semula kearah Zuki.

“Kenapa Zuki?” tanya Aziz.

“Tu hero kat atas tu tak boleh nak turun pulak,” usik Zuki. “Dia naik boleh tapi turun tak boleh,” kata Zuki sambil senyum menahan ketawa.

Halim yang mendengar kata-kata Zuki itu menyapuk dari atas. “Eh! Tolong aku. Aku tak main-main ni,” jerit Halim dari atas pokok. “Aku betul-betul tak tahu macam mana nak turun dan lagi pun aku rasa gayat ni,” kata Halim lagi.

Aziz memandang Seman dan mereka terus ketawa. Dalam ketawa Aziz menyuruh Seman mencari tangga sementara dia dan Zuki tunggu Halim. Seman pun pergi mencari tangga.

“Okay, Halim,” kata Aziz. “Cerita sikit macam mana kau naik okay tapi turun tak lepas,” suruh Aziz.

“Turunkan aku dulu nanti aku ceritalah,” kata Halim.

“Aku dah suruh Seman cari tangga tapi kau masih kena turun sikit sebab tak ada tangga yang setinggi itu,” kata Aziz lagi.

“Aku nak gerak pun tak boleh, inikan nak turun,” jerit Halim.

“Okay! Macam ni,” kata Aziz sambil mengajar cara-cara hendak turun.

Halim masih tidak yakin dengan cara Aziz tu dan tak berani mencuba nak turun.

“Kalau kau tak cuba, kami tinggalkan kau kat atas tu,” kata Aziz lagi.

“Okay-okay! Aku cuba,” kata Halim.

Halim pun mencuba seperti apa yang diajar oleh Aziz. Perlahan-lahan dia bergerak. Akhirnya sampai juga dia di dahan yang bawah sekali. Halim mengucap syukur kerana dapat turun ke dahan yang bawah sekali.

“Okay kau berdiri kat situ dulu. Sekejap lagi Seman datang bawa tangga, aku ajar pula macam mana nak turun dari situ,” kata Seman.

Halim mengangguk. Zuki terus mengusik Halim.

“Eh ada juga yang kau tak terror ya Halim,” usik Zuki.

“Sudahlah,” kata Halim. “Aku turun nanti siap kau,” kata Halim.

Zuki hanya ketawa. Tidak lama selepas itu, Seman sampai bersama kawanya membawa tangga. Mereka menyandarkan tangga itu di pokok itu.

“Okay,” kata Aziz. “Sekarang kau bayangkan kaki monyet memanjat dan turun pokok kelapa,” kata Aziz lagi. “Kau tiru macam monyet tu,” kata Aziz.

Halim mencuba tapi masih tak boleh.

“Tangan kau tu dah betul tetapi kaki kau tu kau kena peluk pokok itu juga,” kata Aziz lagi.

Halim mencuba. Kali pertama hampir jatuh dan cepat-cepat dia mendakap pokok itu lagi. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya Halim berjaya melakukan apa yang di suruh oleh Aziz.

Apabila suda mencecah kaki kat tangga, Halim rasa beryukur. Cepat-cepat dia turun tangga itu. Apabila sampai ke bawah, Halim terus duduk. Kakinya rasa lembik. Zuki menghampirinya.

“Kau okay?” tanya Zuki.

“Okay. Thanks for the help,” kata Halim menyindir Zuki.

“Sorry sebab aku ketawakan kau,” kata Zuki.

“Accepted,” kata Halim.

Zuki menghulur tangannya kepada Halim dan Halim menyambutnya dan terus bangun. Mereka pun berjalan pulang bersama-sama. Sementara itu, di rumah Zeila, ibunya dan Mazlan tertanya-tanya mana perginya Zuki dan Halim.

“Kenapa budak berdua ni tak sampai-sampai lagi? Ada apa-apa ke yang terjadi?” tanya ibu Zeila.

Setelah menunggu selama limabelas minit, ibu Zeila bertambah risau kerana kedua-duanya tidak sampai lagi.

“Mazlan pergi tengok Zuki dan Halim tu. Ada apa-apa ke yang berlaku?” suruh ibu Zeila dalam keadaan risau.

Mazlan pun keluar dan menuju ke pokok besar di belakang rumahnya. Apa yang di lihatnya membuatkan dia tersenyum. Dia pulang semula dan memberitahu apa yang berlaku pada Halim.

Sementara itu, Zeila yang lemah dan tak bermaya di bawa oleh kakaknya masuk ke bilik. Dia di baringkan oleh kakaknya sulungnya sementara kakak keduanya membawa pakaian baru. Mereka menyaling baju Zeila dan mengelap tubuh Zeila yang sudah beberapa hari tidak mandi itu. Mereka juga meletak minyak gamat pada badan Zeila yang telah di gigit oleh nyamuk dan ulat.

Bersambung....

1 comment: