Semasa Halim hendak keluar, dia ternampak mahkluk itu berdiri di tepi kereta Zeila dan memandang tepat pada Halim. Halim melangkah keluar menuju ke kereta Zeila. Bila Halim hampir, makhluk itu terus menghilang diri.
Orang kampung yang tidak menyedari kehadiran mahkluk itu merasai takut dengan kejadian yang menimpa Zeila dan Mazlan. Mereka pergi berjumpa Halim untuk mendapat kepastian.
“Halim, adakah benda ini akan menganggu orang kampung,” tanya salah seorang dari mereka.
“Insyallah tidak. Tetapi kalau dia mula ganggu orang kampung saya kena halau dia sendiri,” kata Halim.
“Zeila ni bila nak cari?” tanya mereka lagi.
“Saya terpaksa tangguh dulu mencari Zeila sebab Mazlan baru sahaja sedar dari dirasuk. Nanti kalau saya perlukan pertolongan saya akan suruh Zuki panggil. Lagipun saya nak rehat sebentar. Rasa penat pula setelah berhempas pulas melawan makhluk tadi tu,” katanya lagi.
Orang kampung yang mendengar penjelasan Halim mengangguk dan beredar pergi. Sementara itu, Halim pergi ke hadapan rumah Zeila dan duduk di anak tangga batu sambil memandang kereta Zeila.
Dia bersandar di dinding tangga batu itu dan melelapkan matanya. Baru saja dia hendak melelapkan matanya, bayangan Zeila menjelma di hadapannya. Dia terkejut dan membuka matanya. Tiada apa yang ada di kelilingnya.
“Aaaahhh Zeila!” keluh Halim. “Kat mana kau ni? Cuba bagi aku petunjuk” katanya lagi seorang diri.
Dia menutup matanya semula dan tertidur. Lebih kurang sejam kemudian, Zuki ternampak Halim tertidur bersandar di tangga. Dia pergi mendekati Halim dan mengejutkan Halim.
“Eh! Kenapa tidur kat sini,” tanya Zuki.
“Aku tertidur,” jawab Halim sambil mengosok matanya. “Konon nak berehat kejap tapi terlelap pula. Mazlan macam mana?” tanya Halim.
“Dia dah sedar dah. Dah lebih kurang setengah jam tadi,” kata Zuki.
“Jom masuk. Dia orang dah hidang untuk makan tengah hari,” ajak Zuki.
Mereka pun masuk ke dalam dan menuju ke dapur. Mazlan, ayah dan ibu Zeila sudah ada di meja makan.
“Mari makan Halim,” jemput ibu Zeila. “Pergi mana tadi?” tanyanya lagi pada Halim.
“Ya, ya, jemput makan,” kata Halim sambil mengelak menjawab soalan ibu Zeila.
“Halim sebenarnya tertidur kat tangga tadi, bu,” jawab Zuki.
“Apa? Tidur kat tangga?” tanya ibu Zeila.
“Bukan sengaja makcik. Saya terlelap sebenarnya,” jawab Halim.
“Buat apa kat tangga tu?” tanya ayah Zeila.
“Saya sebenarnya nak rehat sebentar sambil memikirkan kes Zeila ni,”jawab Halim.
“Abang Mazlan dah okay?” tanya Halim menukar tajuk.
“Alhamdulillah dah okay. Bila kita boleh sambung cari Zeila?” tanya Mazlan.
“Apa kata kita pergi cari dalam pukul 2 petang nanti,” kata Halim.
Saya perlukan pertolongan beberapa orang kampung untuk mencari Zeila,” kata Halim.
“Nanti saya ajak beberapa pemuda kampung menolong mencari Zeila,” kata Mazlan.
Setelah selesai Zuhur, Halim menyiapkan diri untuk mencari Zeila. Dia dapat merasakan Zeila boleh di jumpai tidak lama lagi. Tepat pukul dua petang, Aziz dan beberapa orang kampung datang untuk bersama mencari Zeila.
“Apa kata kita pecah kepada dua kumpulan,” kata Halim.
“Satu kumpulan dengan Abang Aziz dan satu lagi dengan saya,” kata Halim lagi.
“Zuki kau ikut sama dengan aku,” kata Halim.
Mereka pun menuju ke arah kubur cina dan kali ini, Halim berhenti di pokok besar itu. Kemudian dia berpaling kearah Zuki.
“Cuba kau tengok kat pangkal pokok itu?” arah Halim pada Zuki.
Zuki pun pergi menuju kearah yang di suruh dan apabila dia menyelak semak di pangkal pokok itu, Zuki terbau sesuatu. Dia melambai tangan pada Halim. Melihat Zuki memenggil dia, Halim bergegas kearah Zuki. Dia pun terbau benda yang wangi itu.
Bau apa itu?
makin best!
ReplyDelete