Halim terperanjat. Bukan Zeila yang di pegangnya tetapi seekor ular senduk berwarna hitam. Cepat-cepat Halim melepaskan ular itu dari pegangannya tetapi ular itu sempat mematuk tangan Halim dan hilang dari pandangan.Halim terjaga dari tidurnya. Degupan jantung kencang kerana terperanjat.
“Astagfirullahuladzim. Mainan setan,” kata Halim.
Tiba-tiba Halim terasa tangannya sakit. Dia memasang lampu untuk melihat apa yang menyebabkan tangannya sakit. Halim terperanjat apabila terdapat tanda patukan ular. Cepat-cepat Halim mengejutkan Zuki.
“Zuki, Zuki, tolong aku. Aku kena patuk dengan ular,” kata Halim.
Zuki yang kepenatan itupun membuka matanya dengan perlahan dan apabila dilihatnya Halim berpeluh dan menahan kesakitan yang teramat dia cepat-cepat bangun
“Kena patuk ular. Kat mana?” tanya Zuki.
Halim menunjukkan pada Zuki tangan kanannya dan Zuki melihat terdapat kesan patukan ular di tangan Halim. Zuki terus turun katil mahu mengejutkan Mazlan dan mencari ular itu.
“Jangan kejutkan Mazlan tapi tolong ambil tudung tu," tunjuk Halim. "Ikat tudung tu kat lengan aku sebelum bisanya merebak,” kata Halim dengan nada menahan sakit.
Zuki pun mengambil tudung Zeila dan mengikat seperti yang di suruh oleh Halim. Zuki kemudian hendak menyedut bisa ular itu dari tangan Halim tapi Halim tidak membenarkan.
“Jangan!” kata Halim. “Ini mesti perbuatan sihir atau setan,” katanya lagi.
“Kenapa kau cakap macam tu?”, tanya Zuki.
“Nanti aku ceritakan tapi tolong pergi ambil air segelas,” katanya dengan nada lemah.
Zuki bergegas keluar untuk mengambil air. Apabila Zuki keluar dari biliknya, Zuki ternampak sepasang mata merah dari arah dapur memandang dia. Zuki pucat dan kembali masuk kedalam bilik.
“Halim, ada sepasang mata merah kat dapur tu!” kata Zuki. “Aku takut nak pergi ambil air,” kata Zuki lagi.
“ Kau pergi aja. Jangan tunjuk kau takut. Itu hanya illusi aje,” kata Halim. “Baca apa-apa yang patut. Insyallah benda itu hilang,” kata Halim dengan nada lemah dan menahan sakit.
Zuki pun memberanikan diri dan pergi ke dapur. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat Kursi. Sementara itu Halim yang tersandar di katil menahan kesakitan juga membaca sesuatu untuk menghalau benda yang mengacau mereka. Apabila Zuki sampai ke dapur, mata merah itu telah hilang dan dia cepat-cepat mengambil air dan membawa kepada Halim.
Halim mengambil air itu dan terus membaca sesuatu ke atas air itu, Kemudian dia meminum air itu dan menyapu lebihan air itu keatas patukan ular itu. Halim merasa sakit di tangannya berkurangan.
“Kau tolong ambil beg baju aku,” kata Halim
Zuki pun pergi mengambil beg itu dan membawa masuk ke bilik.
“Kau tolong cari botol minyak kat poket tepi tu. Botolnya kecil aje,” kata Halim.
Zuki mencari minyak yang di pinta oleh Halim itu dan menjumpai botol kecil itu dan menghulurkan kepada Halim. Halim kemudian selawat nabi dan kemudian menyapu minyak pada tangannya. Halim kemudian bersandar dan perlahan-lahan melelapkan matanya. Zuki cemas juga melihat kawannya cedera. Dia tidak tahu apa nak buat dan terus pergi mengejutkan Mazlan.
“Abang Lan! Abang Lan,” panggil Zuki perlahan.
Mazlan terjaga mendengar panggilan Zuki tetapi tidak terus bangun. Apabila Zuki memanggil kali ketiga baru Mazlan bangun dan keluar.
“Apa hal Zuki,” kata Mazlan.
“Halim cedera. Dia macam kena patukan ular dan sekarang dia tengah tidur tu. Zuki nak sedut bisa tu tapi dia tak bagi. Dia kata itu perbuatan setan dan bukan ular betul,” terang Zuki.
“Zuki nampak tangannya bengkak tapi dah nampak okay sikit selepas dia minum air dan sapu minyak kat tangannya,” terang Zuki.
Mazlan cepat-cepat pergi ke Halim dan apabila sampai ke bilik di lihatnya Halim seperti tidak bermaya.
“Kita bawa dia ke Hospital lah. Mana tau ini ular betul,” kata Mazlan.
“Dia kata ini bukan ular betul. Zuki cari juga kalau ada ular tapi tak nampak. Yang Zuki nampak tadi dua biji mata merah memandang bilik ini dari dapur. Benda itu dah hilang dah,” terang Zuki.
Mazlan gelisah memandang keadaan Halim yang macam tak bermaya. Dia membelek tangan Halim dan di lihatnya, tangan Halim sudah kurang bengkak.
“Kita biarkan dia tidur dulu dan tengok keadaan dia esok pagi,” kata Halim.
Zuki pun berbaring semula di sebelah Halim. Sedang dia baru hendak menutup matanya, dia terasa kakinya di goyang. Cepat-cepat di tarik kakinya dan bangun. Dia lihatnya tak ada apa pun di atas katil atau dalam biliknya. Dia baring semula dan sebelum melelapkan mata, dia membaca ayat-ayat Quran yang di ingatinya. Akhirnya dia terlelap dan bermimpi berjumpa Zeila.
“Bang Zuki! Bang Zuki! Cepatlah tolong Zeila,” rayu Zeila.
“Zeila kat mana ni. Beritahu abang biar abang boleh keluarkan Zeila dari situ,” kata Zuki.
“Zeila berada di satu rumah yang besar. Tamannya sungguh cantik dan terdapat banyak pokok bunga dan buah. Ada sungai mengalir kat tepi rumah ini,” beritahu Zeila.
“Kat mana ya. Mana ada kawasan macam itu kat sini,” kata Zuki. “Cuba Zeila jalan kearah abang ini”, kata Zuki.
Zeila cuba berjalan kearah Zuki tetapi kakinya seperti kaku.
“Tak boleh lah Bang,” katanya sambil menangis.
“Zeila jangan takut. Abang dan Halim akan cuba cari Zeila,” kata Zuki memujuk adiknya.
Sambil menangis, Zeila cuba bergerak ke arah Zuki tetapi gagal. Sedang dia berusaha, dia tiba-tiba hilang dari pandangan Zuki.
Berjayakah Zuki menemui adiknya semula?
Tunggu sambunganya…..Hari Isnin
yawww geliiii!!! ularrr sendukkk...i alergik bab ulauuu
ReplyDeletekesian btul zeila
ReplyDeletealamak ini dah main kasar sampai sakit kan org...
ReplyDelete