“Eh! Mana pergi Pakcik tadi?” tanya Marzuki. “Ada nampak Pakcik tua yang pakai kopiah putih tak?” tanya Marzuki lagi pada Aziz.
“Pakcik tua? Tak nampak pun dia?” kata Aziz.
“Tadi dia ada kat belakang kita dan menggeleng-geleng kepala mendengar apa yang dibincangkan,” kata Marzuki pada Aziz.
“Pelik betul,” bisik hati Marzuki.
Selepas maghrib, Pak Imam, Pak Ali dan orang-orang kampong datang ke rumah Zeila.
“Assalamualaikum,” kata mereka.
“Waalaikumussalam,” jawab Mazlan.
“Masuklah Tok Imam, Pak Ali, semua,” jemput Mazlan.
Mereka pun masuk. Ayah Zeila, yang kurang sihat itu pun, sudah sedia duduk di kerusi sementara ibu Zeila pula duduk di sebelahnya.
“Apa khabar Pak Aji,” tanya Tok Imam.
“Beginilah keadaan saya Pak Imam,” jawab ayah Zeila. “Pak Imam tolonglah cari anak saya, Zeila. Mazlan, kau ceritakan sikit pada Pak Imam tu,” suruh ayahnya.
“Begini Tok Imam,” kata Mazlan, “adik saya Zeila hilang dari pagi lagi dan sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi. Puas dah orang kampung cari dan petang tadi saya dan Zuki ada juga pergi kat belakang tu, kot-kot dia tersesat jalan. Tapi tak ada tanda-tanda dia pergi situ,” jelas Mazlan lagi.
Tok Imam hanya diam mendengar cerita mengenai kejadian yang menimpa Zeila. Pak Ali juga menceritakan apa yang telah mereka lakukan untuk mencari Zeila. Dia termenung dan akhirnya berkata, “Saya rasa dia ada di sini. Tak pergi mana-mana,” jelas Tok Imam.
“Zuki, apa kata kau pergi ambil wudhu dan ikut Tok,” ajak Tok Imam.
Zuki pun bangun dan terus ke bilik air mengambil wudhu. Tok Imam kemudian mengajak Zuki keluar. Tempat pertama yang di tuju oleh Tok Imam ialah kereta Zeila. Tok Iman berdiri di pintu kiri kereta Zeila. Dia memerhati sekeliling kereta Zeila. Tanpa mengucapkan sebarang patah perkataan, Tok Imam berjalan menuju ke rumah dan terus masuk ke bilik Zeila. Lama dia memerhatikan keadaan bilik Zeila. Zuki yang mengikuti Tok Imam senyap tidak berkata sepatah pun. Mulut Tok Imam terkumat kamit membaca sesuatu. Dia kemudian keluar dari bilik Zeila dan menuju ke semula ke kerusi. Orang-orang kampung pun ada bersama mahu mendengar apa yang Tok Imam tahu.
“Tok Imam akan cubalah tapi nampaknya Tok memerlukan pertolongan. Benda yang mengacau Zeila ni bukan sembarangan,” kata Tok Imam.
Orang ramai yang mendengar Tok Imam tergamam kerana tidak pernah kejadian sebegini berlaku di kampung mereka. Mereka berasa seram dengan kejadian ini.
“Pada malam ini, Tok Imam nak minta Zuki dan Mazlan sama-sama mengikuti Tok berzikir, membacaYassin, sembahyang Tahajjud dan Hajat. Tok juga minta garam kasar dan lada hitam di sediakan. Juga sediakan sebotol air. Zuki, Mazlan, kita mulakan lepas pukul 12 malam ini. Sesiapa nak ikut sama, bolehlah,” ajak Tok Imam.
Orang ramai yang seram mendengar pengjelasan Tok Imam pun meminta diri kerana takut.
Tepat tengah malam, Tok Imam, Zuki dan Mazlan pun memulakan memulakan bacaan Yassin dan di ikuti dengan sembahyang Tahajjud, Hajat dan berzikir. Pada ketila mereka berzikir, angin kencang bertiup di luar. Suasana sungguh seram tetapi Tok Imam, Zuki dan Mazlan meneruskan bacaan mereka. Selepas beberapa lama, angin kencang itu reda tetapi terdengar bunyi suara yang menakutkan di luar rumah. Tok Imam bangun dan terus keluar.
“Nyah kau dari sini. Jangan ganggu kami. Kami tak ganggu kamu,” jerit Tok Imam.
Suara itu terus berbunyi dan Tok Imam terus membaca sesuatu. Lama kelamaan bunyi itu hilang.
“Zuki dan Mazlan, pergi tabur garam dan lada hitam di sekeliling rumah kampong ni,” suruh Tok Imam.
“Tinggal kan sedikit untuk kegunaan Tok,” kata Tok Imam.
“Tabur dari kanan dan kiri, selawat nabi sepanjang menabur garam dan lada itu,” pesan Tok Imam.
Zuki dan Mazlan agak ketakutan nak keluar tetapi terpaksa pergi juga. Mereka mengambil lampu suluh dan keluar. Lepas 40 minit, Zuki dan Mazlan habis menabur garam dan lada hitam itu. Mereka memberi lebihan pada Tok Imam. Tok Imam membawa lada hitam dan garam itu ke kereta Zeila. Di taburnya garam dan lada hitam di kereta Zeila. Kemudia dia menuju ke dalam bilik Zeila dan di lakukan rutin yang sama.
“Nanti siang kita cari Zeila lagi. Insyallah kita jumpa. Bila jumpa nanti, berikan air ini untuk di minum,” pesan Tok Imam.
“Tok juga berharap agar cari orang yang lebih hebat dari Tok. Ini saja yang Tok boleh lakukan,” jelasnya lagi.
“Tok, siang tadi Zuki ada ternampak seorang lelaki tua berkopiah putih memberitahu Zuki bahawa benda ni bukan calang-calang makhluk. Dia pesan cari orang yang benar-benar hebat,” beritahu Zuki.
Ibu mereka yang mendengar perbualan itu menyampuk, “Orang tua? Berkopiah putih?” tanya ibunya.
“Ya, bu. Kenapa? Ibu kenal ke orang tua tu?” tanya Zuki.
“Ibu tak kenal tapi masa kat Kuala Pilah hari kelmarin, Zeila ada nampak orang tua ni. Dia beritahu ibu, orang tua tu tumpang kereta dia dari Ulu Bendul dan turun kat Terachi,” kata ibunya.
“Yang peliknya,” jelas ibunya, “ ibu dan ayah tak nampak pun orang tua tu.”
“Aah!” kata Zuki. “Tak nampak?” ulang Zuki.
“Aa ah! Tak nampak pun,” kata ibunya.
“Zuki pun hairan sebab orang tua tu menghilang diri cepat sangat. Zuki ajak dia masuk dan bila sampai kat pintu dapur, Zuki pusing nak ajak dia masuk, dia dah tak ada,” terang Zuki.
Tok Iman yang hanya diam sepanjang penjelasan Zuki menyampuk,” Tok rasa orang tua ni tahu apa yang berlaku. Harap-harap dia datang lah nanti untuk menjelaskan apa yang berlaku,” kata Tok Imam.
“Baiklah, tugas Tok dah selesai jadi Tok nak balik rumah. Boleh hantar Tok balik,” tanya Tok Imam pada Mazlan.
“Boleh Tok,” jawab Mazlan.
Dia pun mengambil kunci kereta dan berjalan keluar. Apabila sampai kat pintu, Tok Imam berpusing dan berpesan pada ibu dan ayah Zeila.
“ Sekali lagi saya pesan, tolong dapatkan orang yang lebih hebat untuk membantu menyelesaikan perkara ni,” pesan Tok Imam.
“Insyallah akan saya usahakan,”jawab Zuki.
Apabila Mazlan balik, mereka semua masuk tidur. Zuki yang rapat dengan Zeila terasa kehilangan adiknya dan terus masuk tidur di bilik Zeila. Sedang dia nyenyak tidur, dia di datangi oleh sesuatu.
Siapakah yang mengunjungi Zuki dalam tidurnya? Bejayakah dia berjumpa dengan Zeila?
Tunggu sambungan nya…..
wah zuki suspen ni!
ReplyDeletela zuki pulak mimpi....emmm
ReplyDelete