“Zeila! Zeila! “ jerit Zuki dengan kuatnya mencari adiknya yang hilang dari pandangannya.
“Jangan pergi Zeila,” jerit Zuki lagi.
Jeritan Zuki itu mengejutkan Halim.
“Zuki! Zuki! Bangun,” gerak Halim. “Kenapa kau ni? Mengigau ke?,” tanya Halim.
Zuki terjaga dan terus duduk sambil memandang sekelilingnya. “Oh! Aku mimpi jumpa Zeila tadi tetapi dia hilang bila dia dah hampir dengan aku,” kata Zuki dengan penuh kekesalan.
“Ada apa-apa yang Zeila cakap?” tanya Halim.
Zuki pun menceritakan pada Halim apa yang di beritahu oleh Zeila. Dia termenung. Zuki memandang dia dengan penuh harapan. Sedang Zuki memandang Halim untuk jawapan, dia ternampak tangan Halim sudah pulih seperti sedia kala.
“Eh! Tangan kau dah okay!” kata Zuki.
Halim memandang tangannya dan mencuba mengangkatnya. Tak terasa sakit atau berat pun dan dia pun besyukur kerana bisa gigitan ular itu telah hilang. Kedua-dua mereka tidak boleh tidur lagi dan terus bangun melakukan sembahyang sunat Tahajjud dan Hajat untuk meminta petunjuk. Sesudah subuh, Halim dan Zuki meneruskan usaha mencari Zeila. Setelah puas mencari sekeliling rumah dan juga persekitarannya, bayangan Zeila masih belum nampak. Mereka pun balik ke rumah untuk bersarapan pagi.
Semasa menuju ke pintu dapur, langkah Halim terhenti. Dia terasa macam ada sesuatu di tepi kereta Zeila. Halim tidak jadi masuk ke dalam sebaliknya berpusing dan menuju ke kereta Zeila. Dia berdiri di sebelah bahagian pemandu dan dia merasai ada sesuatu di bahagian belakang kereta Zeila.
Baru dia hendak melangkah pergi ke belakang, dia ternampak cebisan kain putih di tepi tayar kereta Zeila. Dia mengcankung disebelah kain itu dan diamatinya kain itu. Halim bangun mencari kayu kecil kerana dia tidak mahu memegang kain itu dulu. Setelah mendapati kayu kecil itu, Halim mengangkat kain itu. Setelah puas membelek kain itu diapun memegang kain itu.
Apabila dipegang sahaja kain putih itu, Halim dapat merasakan ada suatu kuasa yang kuat mengasak dan mencengkam dia. Dia merasa lemas dan terduduk di tepi tayar kereta tetapi dengan semangat kental dia melawan kuasa itu. Setelah berhempas pulas, akhirnya dia berjaya melepaskan dirinya dari cengkaman kuasa itu. Di pegang dan dibeleknya lagi kain putih itu dan kali ini dia dapat merasakan di mana Zeila di sembunyikan. Halim berpusing pada Zuki.
“Zuki, aku rasa aku dah tahu kat mana adik kau di sembunyikan,” kata Halim.
"Dekat mana?” tanya Zuki sambil berjalan kearah Halim.
Sedang dia berjalan ke arah Halim, Zuki terasa seperti di halang dari terus melangkah. Kakinya seperti di pegang sesuatu.
“Eh! Kenapa aku tak boleh jalan ni. Apa benda yang pegang aku ni?” kata Zuki pada Halim.
Halim memandang pada Zuki dan dengan cepat dia menolak sesuatu yang berada di tepi Zuki. Zuki jatuh. Ada makhluk yang cuba menghalang Zuki tadi. Makhluk itu marah dan cuba memukul Halim tetapi Halim dapat mengelak pukulan itu. Halim kemudian menumbuk mahkluk itu. Zuki yang tidak nampak makhluk itu, ternganga dengan apa yang di lihatnya.
“Zuki, cepat bangun dari situ dan berdiri belakang aku,” kata Halim.
Zuki pun bangun dan bergegas berlari ke belakang Halim. Halim terus berlawan dengan makhluk itu.
“Kau jangan cuba nak halang aku pergi mendapatkan Zeila,” kata Halim. “Aku akan hapuskan kau kalau kau masih menghalang aku,” kata Halim lagi.
Makhluk itu bertambah berang dan mengamuk. Cuaca yang cerah tiba-tiba berubah menjadi gelap. Angin mula bertiup kencang tetapi Halim tetap teguh dan berdiri tegak di tepi kereta itu. Halim tunduk dan menutup mata sambil membaca sesuatu. Makhluk itu terus mengamuk dan cuba memukul Halim. Halim mengelak dan menepis mahkluk itu. Makhluk itu kemudian dengan pantas menerkam Halim. Halim tidak sempat mengelak dan jatuh bersama-sama makhluk itu. Kedua-duanya cepat-cepat bangun. Mahkluk itu cuba menerkam Halim lagi tapi kali ini Halim telah bersedia. Di pukulnya makhluk itu dengan tangannya dan di tolaknya makhluk itu. Makhluk itu jatuh dan Halim melepaskan satu hentak dengan kakinya ke atas makhluk itu. Makhluk itu terbaring dan terus hilang. Cuaca yang gelap itu cerah semula dan tiupan angin kencang itu berhenti serta merta. Zuki pergi mendapatkan Halim.
“Kau tak apa-apa, Halim?” tanya Zuki.
Halim mengangguk kepalanya sambil mengosok-gosok dadanya dan bertanya pada Zuki.
”Kau tahu mana ada pokok besar kat kawasan sini?” tanya Halim.
“Ada dua pokok besar kat sini. Dua-dua kat belakang rumah ni sempadan dengan kubur cina tu,” beritahu Zuki
“Jom cepat kita pergi cari. Aku rasa Zeila ada kat situ,” kata Halim.
Mereka berlari ke arah pokok itu. Zuki menjerit pada Mazlan supaya mengikuti mereka. Sesampai di pokok yang pertama itu, Halim berhenti. Dia memerhati pokok itu dan dengan perlahan menghampiri pokok tua itu. Lama dia berdiri di tepi pokok itu. Tiba-tiba. Zuki ternampak sesuatu.
Apakah yang di lihat oleh Zuki?
Tunggu sambungan nya….
apakah?????
ReplyDelete