Monday, August 2, 2010

Ghost Stories #24

Halim kemudian masuk untuk bersarapan pagi bersama-sama Zuki dan ayahnya sementara Zeila dan ibunya sibuk di dapur. Apabila Halim ke dapur ingin membasuh tangan, dia terserempak dengan Zeila yang sedang sibuk mencuci pinggan. Zeila ke tepi memberi laluan pada Halim sambil melemparkan satu senyuman. Halim tersenyum kembali.

“Pagi ini okay ke?” tanya Halim.

“Alhamdulillah ada rasa kurang,” kata Zeila.

“Seperti yang saya pesan, amalkan ayat tiga Qul dan Kursi. Insyallah kita boleh menghindari diri dari sihir dan syaitan,” pesan Halim sambil mengesat tangannya di kain tuala.

Zeila mengangguk kepalanya dan meneruskan membasuh pinggan. Halim meminta diri dan beredar dari situ dan sebelum keluar dari pintu, Halim sempat memandang Zeila.

“Apa kata Zuki kalau aku tackle adik dia?” bisik hati Halim. “Agaknya dia marah tak?” fikirnya lagi. “Nantilah bila semua dah okay, aku akan cuba,” kata Halim.

Halim keluar menuju ke keretanya mahu mengambil bukunya. Tanpa di sedari oleh Halim, Zuki mengikutinya dari belakang dan menepuk bahu Halim dan menyebabkan Halim terperanjat dan menepis Zuki. Zuki hampir terlentang dengan tepisan Halim.

“Maaf! Aku bukannya sengaja buat kau terperanjat,” kata Zuki.

Halim mengangguk sahaja.

“Nak ke mana?” tanya Zuki.

“Nak ambil buku aku sekejap dari dalam kereta,” kata Halim.

“Aku ingat nak ajak kau jalan keliling kampung. Kau tak ada lagi kan tengok kampung aku ni,” kata Halim lagi.

“Boleh juga tu,” kata Halim.

Mereka memberitahu ibu Zeila dan berjalan menuju ke Balai Raya kampung itu. Kelihatan anak-anak kecil sedang belajar di balai raya.

“Ada tadika kat sini. Siapa yang menguruskannya?” tanya Halim.

“Anak Pak Ali. Aku pun tak ingat nama dia, ’ kata Zuki.

Mereka meneruskan perjalanan mereka ke kawasan pendalaman. Zuki hendak menujukkan pada Halim sungai tempat dia selalu bermain. Di tengah perjalanan, mereka terasa ada sesuatu mengekori mereka. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Halim kemudian berpusing melihat jika ada apa-apa yang mengekorinya. Tiada apa pun kelihatan.
Bulu roma di tengkok Zuki tegak. Dua dapat merasakan benda itu amat hampir dengan mereka. Mereka memperlahankan perjalanan mereka. Sedang mereka memerhati kawasan sekeliling mereka, tiba-tiba kayu besar di campakkan kepada mereka. Cepat-cepat Halim dan Zuki mengelak kayu itu. Kayu itu jatuh tidak jauh dari mereka berdiri. Halim dan Zuki memandang kawasan sekeliling.

“Tiada apa pun,” kata Zuki sambil matanya liar memandang. Mukanya pucat ketakutan.
Halim hanya diam tidak berkata. Matanya liar mencari kalau ada sesuatu di dalam semak itu. Zuki ternampak semak di tepi jalan itu bergerak dan mencuit bahu Halim. Mereka berpusing memandang semak itu. Tiba-tiba keluar seekor kucing hitam dari celah semak itu dan berlari menuju kearah mereka. Zuki terperanjat dan cepat-cepat bergerak ke tepi.

“Whoa! Kucing rupanya,” kata Zuki sambil mengurut dadanya. “Ingatkan apa tadi,” katanya lega sambil memerhatikan kucing itu.

Kucing itu berhenti dan memandang mereka. Dia membuka mulutnya dana menunjukkan taringnya. Halim membaca sesuatu dan kucing itu terus lari menghilangkan diri.
Mereka meneruskan perjalanan ke tepi sungai itu. Sampai di titian di sungai itu, tiba-tiba cuaca bertukar mendung.

Bersambung......

1 comment: