Tuesday, August 10, 2010

Dendam Bukit Putus #30

Zeila betul-betul takut dengan mata itu. Begitu juga Halim tapi dia terpaksa menyurukan perasaan takutnya dihadapan Zeila.

“Zeila, teruskan baca apa yang saya ajar dan jangan pandang ke hadapan,” kata Halim. Zeila mengangguk kepalanya dan terus membaca ayat-ayat yang di ingatinya. Dia sedikit pun tidak mengangkat kepalanya.

Halim memandu perlahan kearah mata itu dan apabila hampir Halim terperanjat kerana mata itu adalah mata seekor harimau yang duduk di atas jalan raya. Halim memberhentikan keretanya. Harimau itu memandang mereka dan dengan perlahan harimau itu bangun. Halim berdebar. Halim ingat harimau itu akan pergi apabila dia memusingkan kepalanya tetapi jangkaan Halim salah. Harimau itu mengaum sekuat-kuat hatinya.
Halim panik sementara Zeila kecut ketakutan. Dia menggigil ketakutan sehingga kedengaran bunyi giginya berlaga. Oleh kerana ketakutan, Zeila membongkokan badannya dan menutup mukanya dengan kedua belah tangannya.

Sementara itu, kambing yang dibawa bersama juga gelisah mendengar ngauman harimau itu. Kakinya terus menari-nari memijak kerusi kereta dan hampir mengenai badan Halim dan Zeila.

Melihat kambing itu gelisah dan juga keadaan Zeila itu, Halim memberanikan dirinya dan terus memandu. Melihat kereta itu bergerak, harimau itu terus menerkam kearah kereta mereka tetapi Halim sempat mengelak harimau itu. Dia hampir terbabas tetapi dapat mengawal keretanya. Halim terus memecut walaupun kabus masih tebal.

Halim merasa lega kerana dapat melepaskan dirinya dari harimau itu. Dia berharap agar tiada lagi gangguan dalam perjalanan itu. Halim menoleh pada Zeila. Dia masig menutup muka dan membongkok badangnya.

“Zeila, semua dah okay. Harimau tu dah jauh ke belakang” kata Halim.

Zeila tidak menjawab dan masih lagi membongkokkan badanya. Halim kemudian mengerakkan Zeila tetapi tiada tindak balas.

“Alamak Zeila apa pulak ini,” kata Halim.

Dia kemudian memberhentikan keretanya di tepi jalan dan terus mengoncang badan Zeila. Bila masih tiada tindak balas dari Zeila, Halim mengangkat Zeila dan menyandarkan badan Zeila ke kerusi. Baru Halim hendak menyedarkan Zeila, tiba-tiba keretanya di gegar.

Pada mulanya, Halim ingat kambing itu yang menyebabkan keretanya bergegar tetapi apabila dia berpusing, di lihatnya kambing itu duduk. Halim kemudia memandang keluar tapi tidak nampak apa-apa pun. Dia berdoa agar gangguan ini adalah hanya halusinasinya sahaja. Tidak lama kemudian, gegaran itu berhenti dan dia merasa lega tetapi tidak lama. Kereta itu di gegar lagi dan kali ini gegarannya lebih kuat. Gegaran kali ini membuatkan kambing itu bangun dan gelisah semula.

“Masyaallah! Apa bendanya ini yang menggangu kami,” kata Halim.

Dia terus berdoa meminta agar benda yang menggangu mereka berhenti. Sementara itu, Zeila tersedar dari pengsannya dan apabila dia membuka matanya, dia terus menjerit ketakutan.

“Zeila! Zeila! Kenapa? Pandang saya,” arah Halim.

Zeila terus menjerit. Halim tiada pilihan lain selain menampar Zeila agar sedar. Zeila tersedar dan berhenti menjerit apabila kena tamparan Halim. Dia kemudian menunjuk sesuatu di luar tingkap sebelah Halim. Halim terperanjat apabila satu makhluk yang kecil dan bermata satu serta berwarna merah dan bertaring memandang mereka.

Walau bagaimanapun, Halim cepat tersedar dan terus membaca ayat-ayat yang dipelajarinya. Makhluk itu tidak mengalah. Malah dia pergi ke depan bonet dan melompat-lompat di atas kereta mereka. Zeila menutup mata sambil mengiggil ketakutan. Halim terus membaca ayat-ayat yang diajar oleh Ustaz Kasim dan berdoa agar dugaan ini di berhentikan.

Makhluk itu terus mengamuk dan menghentak-hentak kereta Zeila. Makhluk itu kemudian pergi ke sebelah Zeila dan cuba menganggu Zeila. Halim tidak putus asa dan terus berdoa. Akhirnya makhluk itu makin lemah dan akhirnya terus lenyap. Tetapi sebelum mahkluk itu pergi, satu jeritan yang kuat dan nyaring kedengaran. Sungguh seram bunyinya.

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment