Halim berasa lega apabila makhluk itu menghilang diri. Dia berharap tiada lagi gangguan kerana dia tidak mahu lewat dalam perjanjiannya dengan makhluk itu. Dia memandang jam di kereta dan baru dia perasan yang mereka ada lagi 5 minit untuk memenuhi janji makhluk itu. Halim cepat-cepat meneruskan perjalanan nya sambil mencari tempat yang dimaksudkan.
“Zeila, awak dah okay? Tolong tunjuk kat mana awak langgar mahkluk itu?” kata Halim.
Tapi belum sempat Zeila menunjukkan tempat yang dimaksudkan, keretanya mati tiba-tiba. Dia cuba menghidupkan keretanya tetapi gagal. Zeila memandang kawasan keliling dan di dapati terdapat sebatang pokok besar yang sudah mati di seberang jalan.
“Agaknya kat sini kot,” kata Zeila.
“Awak pasti?”
“Saya tak beberapa pasti kat mana saya langgar dulu, tapi firasat saya kuat mengatakan ianya di sini,” jelas Zeila.
Halim keluar dari kereta dan dan menarik kambing itu keluar dari kereta. Zeila juga turut keluar dan menghampiri Halim. Suasana amat gelap dan hanya lampu kereta menerangi tempat itu. Halim menarik kambing itu dan mengikatnya di penghadang jalan. Dia memandang kawasan sekeliling tetapi tiada apa pun di situ.
Suasana yang sunyi sepi itu tiba-tiba di gegarkan dengan bunyi ketawa yang kuat dari arah pokok besar itu. Berserta dengan gelak itu juga angin bertiup kencang. Bulu roma Zeila dan Halim tegak meremang mendengar gelak itu. Sedang mereka gelisah menanti apa yang akan berlaku, dengan sekelip mata makhluk itu muncul di depan mereka. Mereka terkejut dan tergamam. Zeila yang tidak pernah melihat makhluk itu menjerit.
Makhluk itu ketawa berdekah-dekah melihat kedua-duanya terkejut. Walaubagaimanapun, Halim cepat sedar dan menyuruh Zeila jangan lupa membaca ayat-ayat yang telah diajar dan berdoa.
“Heh! Engkau lambat!” kata makhluk itu sambil menunjuk kearah Halim.
“Tidak aku tak lambat. Engkau yang lambat."
“Aku kata datang tengah malam,” kata makhluk itu lagi.
“ Aku datang tepat pada waktunya,” jawab Halim.
“Tidak. Kau lewat menepati perjanjian ini,” kata makhluk itu dengan nada yang tinggi.
“Tapi kau yang ganggu aku dulu. Sepanjang perjalanan aku ke sini kau ganggu aku,” jawab Halim. “Itu dia kambing yang engkau hendak itu,” kata Halim sambil menunjuk kambing pada makhluk itu.
“Aku tak nak kambing itu. Aku nak budak itu. Aku akan ambil apa yang aku hendakki,” kata makhluk itu.
“Tidak!”
Dengan perlahan Halim menyuruh Zeila berdiri di belakang dia. Baru saja Zeila hendak bergerak, dia terasa kakinya seperti diikat.
“Halim, tak boleh geraklah."
“Baca apa yang aku suruh dan berdoa,” kata Halim.
Zeila membaca apa yang diajar dan berdoa agar tiada musibah menimpa mereka. Memandangkan Zeila masih tidak boleh bergerak, Halim kemudian berdiri di hadapan Zeila.
“Apa kau dah lakukan pada Zeila?” tanya Halim.
Makhluk itu hanya ketawa menunjukkan taringnya. Kecut perut Zeila mendengar hilaian tawa mahkluk itu.
Sementara itu, harimau besar itu tiba-tiba menjelma tidak jauh dari mereka. Halim dan Zeila berpandangan antara satu sama lain. Harimau itu merenung mereka. Bertambah takut Zeila dengan suasana itu.
“Macam mana ini Halim. Saya takut,” kata Zeila dengan nada mahu menangis.
“Jangan takut. Saya mahu awak kuatkan semangat dan lawan mereka. Teruskan baca apa yang disuruh,” suruh Halim. “Kita kena tawakal pada Allah dan dia yang maha berkuasa di alam maya ini,” kata Halim.
Zeila mengangguk kepalanya. Halim kemudian berpusing semula mengadap makhluk itu
“Baiklah, aku dah datang bawa kambing putih, pakai baju putih seperti yang kau suruh dan datang tepat pada waktunya,” jelas Halim.
“Kau percaya dengan aku? Hahahahahah….,” gelak makhluk itu. “Manusia memang mudah terperdaya. Hahahahaha!!!!!!!!!!
Halim tenang mendengar ejekan makhluk itu sementara Zeila takut kerana makhluk itu masih tidak mahu melepaskan dia.
“Kau tahu yang anak aku masih belum baik maka nyawa dia juga masih belum selamat. Serahkan dia pada aku,” pinta makhluk itu.
“Tidak! Aku sudah berjanji yang dia akan selamat dan tidak diapa-apakan. Kau ingat aku akan serahkan begitu saja,” ejek Halim.
“Cis!” dengus makhluk itu dan terus menyerang Halim.
Halim mengelak dan menepis makhluk itu tetapi tidak cukup untuk menampang serangan itu mengenai Zeila. Serangan makhluk itu mengenai bahu kiri Zeila dan dia jatuh terduduk.
Bagaimana keadaan Zeila?....Tunggu sambungan
No comments:
Post a Comment