Friday, August 6, 2010

Ghost Story #28

Keesokan harinya Zuki dan Halim pergi ke kandang kambing Seman untuk mencari kambing putih seperti yang di kehendaki oleh makhluk itu tetapi tiada seekor pun menepati ciri-ciri yang diminta oleh makhluk itu. Mereka kemudian pergi menuju ke kandang kambing Pak Ali, tiada juga.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, mereka terserempak dengan Mat yang sedang membetulkan gerainya.

“Assalamualaikum,” kata Zuki dan Halim pada Mat.

“Waalaikumussalam,” jawab Mat. “Dari mana ni?” tanya Mat.

“Kami dari rumah Pak Ali. Nak tengok kalau ada kambing putih tapi tak ada,” jawab Zuki.

“Cuba kau cari kat Jempol. Aku rasa ada satu tempat tu ada banyak kambing putih,” kata Mat lagi.

“Jempol tu besar,” kata Zuki lagi. “Apa nama kampungnya?” tanya Zuki lagi.

“Nanti kau sampai situ kau tanya orang kat daerah tu. Dia tahu,” jawab Mat.

Mereka pun menuju ke Jempol dan setelah mendapat nama tempat itu mereka terus ke situ. Sesampai di ladang ternak kambing Sri Siantan, mereka berasa gembira kerana terdapat banyak kambing putih di situ. Setelah lebih kurang sejam, akhirnya mereka menjumpai seekor kambing jantan seperti yang di kehendakki oleh makhluk itu. Setelah membayar harga kambing itu dan juga duit penghantaran mereka balik.

Pada sebelah petangnya, kambing yang dibeli itu sampai dan ibu dan ayah Zeila mengucapkan syukur kerana dapat menjumpai kambing yang di kehendakki. Mereka ingat kambing itu boleh di hantar pada malam itu tetapi jangkaan mereka meleset. Halim memberitahu mereka, dia terpaksa menunggu arahan dari makhluk itu dulu.

Pada malamnya, sedang Halim tidur dia bermimpi berjumpa makhluk itu. Dia dikehendaki membawa kambing itu pada malam esoknya tepat pada pukul 12 malam di tempat yang di suruh. Hanya dia dan Zeila sahaja bersama kambing itu boleh datang. Halim terjaga dari mimpinya dan terus bangun menunaikan solat sunat.

Keesokan harinya, Halim memberitahu Zuki akan mimpinya dan mereka bercadang untuk melihat tempat itu dulu.

“Kau tahu kat tempat mana yang dia suruh kau pergi. Bukit Putus tu panjang juga,”tanya Zuki.

“Aku tak berapa pasti. Dalam mimpi tu agak samar jugalah. Aku ingat kita pergi tengok kawasan tu supaya aku tahu mana nak berhenti,” ajak Halim.

Mereka pun menuju ke Seremban dan sampai di Bukit Putus, Halim masih tidak dapat mengesan tempat yang di maksudkan. Mereka meneruskan perjalanan hingga ke Seremban dan selepas makan tengah hari, mereka menuju balik ke rumah. Di pertengahan perjalanan, Halim ternampak Pakcik Yusof dan dia memberhentikan keretanya. Dia mengajak Pakcik Yusof menaiki keretanya.

“Pakcik nak kemana ni?” tanya Zuki.

“Pakcik nak balik rumah. Baru keluar dari Ulu Bendul tadi,” kata Pakcik Yusof.

“Kami dah jumpa kambing putih tu Pakcik,” kata Halim.

“Oh ya ka? Kalau gitu bila nak buat pertukaran itu?” tanya Pakcik Yusof.

“Malam ni,” jawab Halim.

“Kami tak berapa pasti tempat yang di maksudkan,” beritahu Zuki.

“Bila kamu sampai sana nanti, tahulah kamu. Kalau tak juga pasti, pergi balik tempat perlanggaran itu,” jawab Pakcik Yusof lagi.

Sampai di Terachi mereka menurunkan Pakcik Yusof itu. Sebelum Pakcik itu turun, dia menasihati Halim supaya berhati-hati kerana banyak cabaran akan di alami. Mendengar kata-kata Pakcik Yusof itu, Halim berasa agak gementar juga dengan apa yang hendak dilaluinya

Bersambung...

No comments:

Post a Comment