Tuesday, August 3, 2010

Ghost Story #25

“Eh! Pelik betul. Tiba-tiba nak hujan. Jom balik Halim,” ajak Zuki.

Baru mereka hendak berpusing berdiri makhluk hodoh di depan mereka. Zuki gerun melihat makhluk itu sementara itu Halim tenang sahaja.

“Engkau lagi,” kata Halim. “Bukankah kau janji tak mahu kacau lagi,” kata Halim.

“Aku tak janji,” kata makhluk itu.

“Apa sebenarnya yang kau mahu?” kata Halim.

“Aku masih mahukan budak itu,” kata makhluk itu.

“Tak boleh. Kan aku dah cakap dia hak aku,” kata Halim.

“Hahahaha..,” ketawa makhluk itu. “Dia berhutang dengan aku,” kata makhluk itu.

“Bagaimana aku boleh jelaskan hutangnya,” kata Halim.

“Senang aje,” kata makhluk itu.

“Serahkan dia pada aku,” kata makhluk itu lagi.

“Kau tak dengar ke. Dia tak akan aku lepaskan. Dia kepunyaan aku,” jerit Halim.

Makhluk itu meradang dan dengan pantas melanggar kedua-dua mereka. Halim cepat mengelak tetap Zuki terkena di bahagian dadanya dan jatuh terlentang. Cepat-cepat Halim mendapatkan Zuki.

“Kau okay?” tanya Halim.

Zuki tidak menjawab. Dia cuba menahan kesakitan yang amat sangat. Terasa dadanya seperti di himpit sesuatu. Halim membaca sesuatu sambil meraba-raba belakang Zuki. Setelah beberapa ketika, Zuki merasa lega sedikit. Halim bangun dan berhadapan dengan makluk itu. Mahkluk itu kemudian menyerang Halim dan mereka bertarung untuk beberapa ketika. Masing-masing tidak mahu menyerah kalah dan akhir sekali mereka keletihan.

“Baiklah,” kata Halim sambil tercungap-cungap keletihan. “aku rasa tak ada gunanya kita berlawan. Apa kata kita berkompromi.”

Makhluk itu kelihatan bingung mendengar perkataan berkompromi.

“Berkompromi? Aku tak faham apa kau cakap,” kata mahkluk itu.

“Kita bertolak ansur,” kata Halim. “Apa kata aku carikan benda lain untuk menggantikan budak perempuan itu,” kata Halim.

Makhluk itu terdiam. “Baiklah, engkau carikan aku kambing putih seekor. Kambing itu mesti mempunyai setompok bulu hitam di kepalanya. Selepas itu, kau bawa kambing itu di tempat anak aku di langgar dan bawa budak itu sekali. Ingat pertukaran ni mesti di buat tepat pada 12 tengah malam. Kau dan budak perempuan itu mesti ada di situ sehingga aku kata balik. Pakai serba putih,” kata makhluk itu lagi.
Halim dan Zuki bersetuju dengan permintaan makhluk itu. Mereka akan mencari kambing putih itu sehingga dapat.

“Bila aku dah dapat, macam mana aku nak beritahu engkau. Adakah aku boleh pergi bila-bila masa saja?,” kata Halim.

“Tidak! Kan kena tunggu arahan aku bila. Aku tahu bila kau dapat kambing itu,” jawab makhluk itu dan dia terus mengilangkan diri.

Halim kemudian memapah Zuki balik ke rumah. Mukanya pucat dan dia tidak bermaya. Ibu Zeila yang melihat Halim memapah Zuki bergegas keluar.

“Kenapa Zuki? Apa terjadi?” tanya ibu Zeila pada Halim.

“Nanti saya ceritakan,” kata Halim sambil membawa Zuki ke dalam. Zeila menyuruh Halim membaringkan Zuki di katilnya. Selepas Zuki dibaringkan, Halim keluar mengambil minyaknya dari beg di atas rumah. Dia menyapu minyak ke dada Zuki sambil membaca sesuatu.

“Bawa air segelas,” pinta Halim pada Zeila.

Zeila bergegas mengambil air. Sementara itu, ibunya menangis. Zeila masuk membawa air dan menghulurkan pada Halim. Zeila memujuk ibunya.

“Sudah bu. Abang Zuki tak apa-apa. Insyallah Halim dapat menyembuhkan abang Zuki,” katanya perlahan memujuk ibunya.

Ibunya masih tidak dapat menahan perasaan sedihnya. Dia hairan kenapa anak-anaknya sahaja yang menjadi mangsa makhluk ini.

“Makcik jangan nangis. Insyallah Zuki sembuh sebab dia hanya kena terjahan makhluk itu aja,” terang Halim.

Halim memberi air itu pada Zuki dan dia meminumnya. Mereka keluar dari bilik itu dan membiarkan Zuki berehat. Halim kemudian memberitahu mereka tentang permintaan makhluk itu.

No comments:

Post a Comment