Tuesday, August 17, 2010

Cerita Baru

Ini adalah teaser untuk cerita Misteri Kotak Hitam yang akan di uploadkan kemudian....

Jeffri dan Haziq baru selesai menonton cerita seram di rumah atuk dan nenek mereka. Mereka bukanlah adik beradik tetapi ayah mereka adalah merupakan anak kepada Pak Ahmad dan Mak Timah. Ayah Jeffri, Hashim, adalah anak sulong Pak Ahmad dan Mak Timah. Dia seorang doktor sementara ayah Haziq, Hassan adalah seorang jurutera.

Mereka akan tinggal di kampong selama dua minggu untuk menolong datuk dan nenek mereka mengutip dan menjual buah. Rumah nenek mereka di kelilingi dengan pokok-pokok buah-buahan seperti manggis, langsat, rambutan, limau, mata kuching, duku dan di belakang rumah nenek mereka banyak pokok buah durian.

Nenek mereka juga telah menyediakan tempat tidur mereka di bilik atas berhampiran dengan anjung rumah. Bilik itu sudah lama tak di huni sejak makcik Halimah mereka berkahwin dan menetap di bandar.

Bilik itu agak besar juga dan ada dua buah tingkap di bilik itu. Satu menghadap ke hadapan rumah dan satu tingkap pula mengadap ke tepi rumah mereka. Tingkap bilik tertutup rapi untuk mengelakkan nyamuk masuk.

“Aku tidur kat tingkap,” kata Haziq yang setahun muda dari Jeffri.

“Okaylah. Aku bagi peluang kat kau.”

Mereka baru saja mahu melelapkan mata apabila terdengar bunyi tapak kaki di atas bumbung. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

“Bunyi apa tu?” bisik Haziq pada Jeffri perlahan.

“Tak tahu.” Jawab Jeffri.

Mereka cuba mendengar lagi bunyi itu tetapi tidak ada. Haziq menarik langsir menutup cermin tingkap itu.

“Kuching agaknya,” kata Jeffri. “Jomlah tidur.”

“Aku takut.”

“Tak ada apalah. Baca Bismillah dan aya 3 Qul,” kata Jeffri.

Haziq masih merasa seram tetapi di lawannya perasaan itu. Dia merapatkan badannya pada Jeffri.

“Eh! Apa ni?”

Haziq diam tidak menjawab. Dia menutup matanya rapat-rapat dan terus membaca ayat-ayat yang diingatinya. Dia merasa lega kerana bunyi itu tidak ada lagi. Dia terus lena. Tepat pukul 1 tengah malam, tiba-tiba katil mereka di goncang. Jeffri dan Haziq terjaga dan memandang sekeliling. Semua seperti biasa.

Haziq betul-betul takut kali ini. Degupan jantungnya kuat. Kedua-dua belah tangannya sejuk. Sementara Jeffri tidak menunjukkan sebarang reaksi pun. Seolah-olah kejadian itu hanya satu illusi saja.

“Jeffri, kau rasa tak?” tanya Haziq.

“Ada. Kau buat apa sampai bergoncang katil?”

“Tak ada apa. Aku tengah tidur. Kau tak?”

“Tak lah. Aku pun tidur juga,” kata Jeffri.

Mereka menyambung tidur semula dan kali ini mereka di kejutkan dengan bunyi bising di atas bumbung. Kemudian terdengar bunyi tapak kaki seperti ada orang berjalan. Kali ini Haziq memeluk Jeffri dan badannya mengigil ketakutan. Jeffri juga berasa takut. Mereka terus lari keluar dari bilik menuju bilik atuk mereka.

“Tok! Tok! Buka pintu,” kata mereka sambil mengetuk pintu bilik atuk mereka.
Pak Ahmad bangun dan membuka pintu bilik. Dia kehairanan melihat anak cucunya pucat
dan ketakutan.

“Kenapa ni Jeffi, Haziq?” tanya Pak Ahmad.

“Ada bunyi orang jalan kat atas bumbung,” jawab Jeffri.

“Ya, tuk! Haziq takut tuk. Boleh tidur dengan atuk tak?”

“Bunyi apa? Kat mana?” tanya atuknya lagi.

“Bunyi kuat tuk, Bunyi macam orang jalan,” jelas Haziq.

“Ahh! Mungkin perasaan kamu aja tak?

“Tak tok. Betul. Mula-mula Haziq dengar dia jalan pastu katil kami kena goncang dan akhir sekali bunyi jalan balik kat atas bumbung.”

“Baiklah. Mari atuk temankan kau orang tidur kat atas. Atuk pasti tak aka nada apa-apa yang berlaku.”

Mereka pun kembali ke bilik mereka. Kali ini Haziq tidur di tengah-tengah di apit oleh Jeffri dan Pak Ahmad. Dia berasa selamat kerana atuknya tidur bersama mereka. Tanpa di sedari oleh mereka, ada sepasang mata memerhati mereka.


No comments:

Post a Comment