Wednesday, August 4, 2010

Ghost Stories #26

“Dia nak kambing putih?" tanya Zeila. "Ada ke kambing seperti yang di kehendakki oleh makhluk itu,” kata Zeila lagi sambil memandang Halim.

“Insyallah ada. Nanti ayah tanyakan kat Seman tu. Dia ada bela kambing,” kata ayah Zeila menyampuk.

“Dia suruh pakai baju putih? Apa maksud dia” tanya Zeila yang agak terkejut dengan apa yang di dengarnya.

“ Ya,” jawab Halim sambil memandang Zeila. “Awak ada ke baju putih,” tanya Halim lagi.

“Tak ada. Kena pergi cari kat pekan lah,” jawab Zeila.

“Okay! Kita boleh pergi bersama-sama sebab saya pun tak ada baju putih,” kata Halim. “Makcik, saya ingat nak jumpa Pak Yusuf yang datang hari itu. Saya nak tanya dia sedikit pasal permintaan makhluk ini,” kata Halim. “Makcik tau ke kat mana rumah dia?” tanya Halim.

“Makcik tak tahu pula kat mana rumah dia. Apa kata kau pergi dengan Zeila cari Pakcik tu,” saran ibu Zeila.

“Boleh juga. Zeila, lepas Asar nanti kita pergi cari pakcik itu,” kata Halim.

“Pakcik mana?” tanya Zeila.

“Pakcik yang kau tumpangkan hari itu dari Ulu Bendul tu,” jawab ibunya.

“Dia tu bukan hantu?” tanya Zeila.

“Sheeesh! Bukan. Dia duduk kat Terachi tu dan dia boleh bercakap dengan mahkluk halus,” jawab ibu Zeila.

Zeila ternganga dan hanya mengangguk kepalanya sahaja. Dia bangun menuju ke dapur untuk masak tengah hari. Selepas Asar, Zeila dan Halim menuju ke Terachi mencari Pakcik Yusuf itu.

“Awak ingat lagi ke tempat dia turun?” tanya Halim memandang Zeila.

“Insyallah ingat,” kata Zeila sambil merasa kurang selesa duduk di kerusi depan. Dia memandang keluar tingkap.

“Kenapa nampak kurang selesa ni? Takut ?” tanya Halim.

“Tak takutlah. Apa nak takut,” kata Zeila cuba menghilangkan rasa malunya.

“Habis tu kenapa nampak tak relax,” kata Halim lagi. “Saya tak makan orang,” tambah Halim lagi.

Mendengar kata-kata Halim, Zeila bersandar di kerusi dan memandang Halim. Halim pun memandang Zeila sama. Halim senyum dan menghidupkan keretanya. Bila Halim senyum, Zeila cepat-cepat memandang keluar tingkap.

“Tunjuk saya jalan ke tempat itu,” kata Halim. Bukannya dia tak tahu arah ke Terachi tetapi dia saja mahu membawa Zeila berbual-bual dengannya. Bagi Halim, suara Zeila manja dan dia suka mendengarnya.

“Belok ke kiri, arah Seremban. Nanti bila sampai saya beritahu,” kata Zeila memandang Halim.

“Okay,” kata Halim sambil menuju keluar ke jalanraya.

“Kat KL duduk kat mana?” tanya Halim.

“Saya duduk kat Taman Melawati,” beritahu Zeila.

“Taman Melawati? Dekat lah tu. Saya duduk kat Melawati juga,” kata Halim. “Melawati kat mana?” tanya Halim lagi.

“Saya duduk kat Fasa 3. Awak pula?” tanya Zeila.

“Saya duduk kat Fasa 2,” jawab Halim. “Nanti balik KL bolehlah kita keluar,” kata Halim.
Zeila diam tidak menjawab. Halim memandang kearah Zeila.

“Bila memandu pandanglah ke depan,” kata Zeila dengan selambanya tanpa memandang Halim.

Halim ketawa kecil dan membawa keretanya dengan perlahan. Bila sampai di kawasan tanah perkuburan Terachi, Zeila memberitahu Halim supaya berhenti di tepi jalan.

“Tak silap saya, dia turun kat sini hari itu,” kata Zeila.

Halim memberhentikan keretanya dan mereka turun dari kereta dan menuju ke penjaja di tepi jalan. Mereka bertanya arah ke rumah Pakcik Yusuf. Budak itu menunjuk kearah rumah Pakcik Yusuf dan baru saja mereka hendak ke sana, Pakcik Yusuf tiba-tiba keluar dari rumahnya. Mereka mengucapkan terima kasih pada budak itu dan menuju ke rumah Pakcik Yusuf. Pakcik Yusuf yang tidak sedar akan kehadiran mereka terperanjat apabila terserempak dengan mereka.

“Eh! Buat apa kat sini?” tanya Pakcik itu.

“Kami nak jumpa Pakcik pasal makhluk itu,” kata Halim.

“Oh!” kata Pakcik Yusuf. “Mari masuk dululah,” ajaknya.

Mereka pun mengikuti Pakcik Yusuf masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah itu agak muram dan tidak ceria. Zeila memandang sekeliling rumah itu.

“Pakcik tinggal seorang aje,” katanya lagi. “Isteri Pakcik dah lama meninggal dunia dan anak-anak semua dah kahwin dan duduk jauh dari kampung ini,” katanya lagi. “Duduklah dulu. Pakcik masak air.”

“Tak payah susah-susah pakcik. Kami datang nak tanya pasal makluk itu,” kata Halim. “Saya nak minta nasihat pakcik,” kata Halim. “Sebenarnya, dia dah mula mengamuk kat kampung Zeila ni tapi saya dah dapat bawa dia berunding,” kata Halim.

“Baguslah tu. Apa dia cakap?” tanya Pakcik Halim.

“Dia nak seekor kambing putih yang mempunyai tanda hitan di kepala. Lepas pukul 12 tengak malam dia suruh hantarkan kambing itu ke tempat Zeila langgar anak dia dulu. Dia juga nak kami memakai pakaian putih masa melakukan itu,” terang Halim lagi.

“Hmmm.. kalau gitu baguslah tapi kambing tu susah nak cari. Kalau salah nanti salah seorang dari kamu akan di korbankan,” kata Pakcik Yusuf.

Mendengar penjelasan Pakcik Yusuf, Zeila rasa terperanjat dan memandang Halim sementara Halim memandang Pakcik Yusuf.

“Itu sebab kami nak minta pakcik tolong kami,” kata Halim.

“Tidak banyak yang boleh saya lakukan,” kata pakcik Yusuf. “Untuk memulihkan Zeila ini, kau berdua mesti berkerjasama membuat apa yang disuruhnya. Pakcik akan beritahu apakah yang patut kau lakukan bila kambing itu dah dapat,” kata Pakcik Yusuf. “Sementara itu kau berdua pergi sediakan baju putih seperti yang di suruh,” kata Pakcik Yusuf.

Mereka meminta diri dulu dan berjalan menuju ke kereta. Mereka merasai seperti ada sesuatu yang memerhatikan mereka.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment