Mendengar kata-kata Pakcik Yusuf, Halim bercadang untuk menghubungi Ustaz Kasim untuk mendapatkan nasihat. Sesampai Halim di rumah, dia terus menghubungi Ustaz Kasim untuk mendapat nasihat.
Ustaz Kasim menasihatkan supaya dia dan Zeila sentiasa dalam berkeadaan wudhu dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sepanjang masa. Mereka harus bersiap sedia sepanjang masa dan sentiasa berzikir untuk mengalahkan makhluk ini. Mereka juga mesti yakin yang mereka akan berjaya dan sesungguhnya Allah itu lebih berkuasa dari makhluk itu.
“Saya juga akan menolong kamu dari sini. Saya akan arahkan beberapa orang untuk melakukan solat hajat dan berzikir untuk kamu. Ingat tiada siapa yang lebih berkuasa daripada Allah,” kata Ustaz Kasim mengakhiri perbualan mereka.
Halim juga menelepon bosnya dan memberitahu bosnya tentang apa yang akan di lalui oleh dirinya dan Zeila. Dia juga meminta pada bosnya agar berdoa agar apa yang dilakukannya ini berjaya.
Halim kemudian memberitahu keluarga Zeila apa yang di pesan oleh Ustaz Kasim dan selepas Asar mereka mengadakan doa selamat dan berzikir agar apa yang bakal dilalui oleh Zeila dan Halim selamat dan berjaya. Zeila berasa kurang yakin dan takut tetapi Zuki serta ibu dan ayahnya telah meyakinkan dirinya bahawa tiada kuasa yang lebih berkuasa melainkan Allah.
Tepat pukul 11.15 malam, berpakiana serba putih Halim dan Zeila menuju ke Bukit Putus membawa kambing putih itu. Pada mulanya Halim hendak membawa keretanya tetapi Zeila berkeras untuk membawa kereta dia.
Suasana sungguh sunyi pada malam itu seolah-olah tau bahawa pertarungan antara kuasa jahat dan baik akan berlaku. Tiada bunyi cengkerik atau sebarang bunyi pun kedengaran dan suasana di jalanraya sunyi sepi. Tiada kereta, lori atau motosikal lalu di jalan raya.
Malam itu juga gelap gelita. Tiada cahaya bulan menerangi bumi. Zeila dan Halim meminta diri untuk pergi. Ibu dan ayah Zeila mengiringi pemergian mereka dengan doa agar mereka selamat. Begitu juga dengan Zuki. Zeila dan Halim diam tidak berkata apa-apa kerana memikirkan apa yang akan menunggu mereka.
Sedang mereka sibuk melayan perasaan masing-masing, apabila tiba di Pekan Terachi, tiba-tiba lalu satu lembaga putih di hadapan mereka. Mereka tergamam dan Halim sempat memberhentikan keretanya dan sempat mengelak dari melanggar benda itu. Benda itu hilang begitu saja
“Whew!” kata Halim.
Zeila diam. Dia teringat bagaimana semua ini bermula. Melihat keadaan Zeila yang pucat itu, Halim risau jikalau Zeila di rasuk semula.
“Awak okay tak?”
Zeila mengangguk kepalanya. Halim kemudian meneruskan perjalanan mereka dan sesampai di Ulu Bendul, tiba tiba kabus setebal-tebalnya turun hingga menyukarkan Halim untuk memandu.
“Apa ni? Tak kan benda yang sama nak di kenakan pada kita,” kata Halim merungut sambil memandang pada Zeila.
“Hati-hati,” kata Zeila.
Halim memperlahankan perjalanannya kerana sukar melihat jalanraya. Kabus yang tebal itu juga menyebabkan cuaca sejuk. Zeila mula mengiggil kesejukan dan ketakutan. Halim menutup alat penghawa dingin kereta.
Tidak jauh dari Ulu Bendul, tiba-tiba mereka terlihat sepasang mata bersinar memandang arah mereka. Sekali lagi Halim terpaksa menekan brek keretanya. Mata itu mengangkat mukanya dan memandang kearah mereka.
Mata apakah itu?....Tunggu sambungannya...
semakin seram...
ReplyDelete