Zeila dan Halim meneruskan berjalan seperti biasa walaupun Zeila merasa berdebar-debar. Sesampai di kereta, Halim membuka kunci kereta dan Zeila terus masuk sementara Halim nampak tenang dan tidak menunjukkan sedikit pun perasaan takut. Melihat Halim tenang, Zeila merasa sedikit kagum dengan Halim.
Halim melihat jam tangannya dan jam baru menunjuk pukul 5 petang. Dia bercadang mencari pakaian putih seperti yang di pinta.
“Apa kata kita pergi Seremban? Cari baju,” kata Halim.
“Eh! Rasa tak sedap pula kalau pergi tanpa beritahu ibu dulu,” kata Zeila.
“Telepon lah dia. Saya tunggu,” kata Halim sambil menghidupkan enjin kereta.
Zeila pun memanggil ibunya dan memberitahu dia dan Halim hendak ke Seremban untuk membeli baju putih seperti yang di pinta oleh makhluk itu. Ibunya berpesan agar dia berhati-hati.
Mereka pun pergi menuju ke Seremban dan sepnajang perjalanan mereka merasa seperti ada sesuatu yang mengekori mereka. Apabila sampai di Seremban, mereka terus menuju ke Jaya Jusco.
“Susah juga nak cari baju serba putih ni,” rungut Zeila seorang diri. Dia tidak menyedari yang Halim ada berdiri di belakangnya.
“Apa kata awak ambil yang ini?” tunjuk Halim pada baju blouse berwarna putih yang tergantung di rak.
“Hmm okay tapi nak pakai dengan apa?” tanya Zeila lagi.
“Seluar putih,” jawab Halim.
Zeila membelek baju yang di tunjuk oleh Halim. Dia meletakkan baju itu pada raknya semula.
“Kenapa? Tak perkenan ke?” tanya Halim sambil mengambil baju itu semula.
“Cantik tapi harganya agak mahal. Saya tak mampu,” kata Zeila.
“Apa kata saya belikan?” kata Halim.
“Eh! Terima kasih ajelah. Awak dah banyak menolong saya dan keluarga saya,” jawab Zeila.
“Apa salahnya kalau saya hendak belikan. Saya rasa dia tak menyusahkan saya,” kata Halim lagi. “Cubalah. Kecil hati saya kalau awak tak sudi,” kata Halim lagi
Zeila merasa serba salah. Dia tak nak rasa terhutang budi dengan Halim. Dia mengelenggkan kepalanya sambil tersenyum.
“Cubalah,” pujuk Halim lagi.
Akhirnya Zeila akur dengan Halim dan mengambil baju itu untuk di cuba. Dia juga mencari seluar putih untuk di pakai sekali. Nampak cantik baju yang di pakainya dan Zeila akhirnya membeli baju itu sendiri walaupun dia tahu kredit kadnya akan melambung dari biasa. Sementara itu Halim juga membeli sepasang seluar dan baju putih untuk dirinya.
“Hmm. Dah pukul lapan, mari kita pergi makan dulu sebelum balik,” ajak Halim.
“Tak payahlah. Kita makan kat rumahlah takut ibu dah masak,” jawab Zeila.
“Saya dah telepon Zuki dan beritahu dia yang kita tak makan di rumah,” kata Halim lagi.
Zeila memandang Halim dengan perasaan kurang senang tetapi dia diam tidak berkata apa-apa.
“Abang Zuki dah okay,” tanya Zeila.
“Alhamdulillah. Masa saya telepon tadi bunyi dia macam seperti biasa,” kata Halim. “Jomlah kita pergi makan. Saya dah lapar ni,” kata Halim lagi.
Mereka menuju ke Mac Donald. Sambil makan mereka berbual-bual kosong. Masing-masing tidak mahu bercerita pasal makhluk itu. Selepas makan mereka pun bertolak balik ke rumah Zeila.
Semasa dalam perjalanan balik, Zeila berasa hairan kerana jalan raya agak lengang. Sesampai di Bukit Putus, tiba-tiba terasa kawasan itu sunyi sangat dan terdapat banyak kabus di jalanan. Malahan kabus itu amat tebal dan menyebabkan susah untuk melihat keadaan sekeliling.
Sedang mereka berasa hairan dengan kabus tebal itu, tiba-tiba muncul satu kmpulan berpakaian putih dari kabus itu. Zeila berasa takut dan Halim mengingatkan dia membaca ayat Kursi. Zeila melakukan seperti yang di suruh. Halim cuba memecut tetapi keretanya terasa berat dan tidak rasa tidak bergerak. Akhirnya kereta Halim perlahan-lahan berhenti.
“Alamak! Berhenti pula kereta ini,” rungut Halim. Dia cuba menghidupkan enjin kereta tetapi gagal. Kumpulan itu bergerak perlahan-lahan kearah mereka dan Zeila semakin takut. Dia memegang lengan Halim dan merapatkan badannya ke kerusi Halim.
“Halim, kenapa ni?” tanya Zeila dengan suara ketakutan.
“Entah saya pun tak tahu. Biar saya keluar dan lihat apa bendanya ini,” kata Halim,
“Jangan!” kata Zeila sambil memegang kuat lengan Halim. Halim memandang Zeila dan kemudian memandang lengannya. Dia tidak berkata apa-apa.
“Okay! Saya tak akan tinggalkan awak seorang diri,” kata Halim cuba menenangkan Zeila..
Kumpulan itu semakin hampir dengan mereka dan degupan jantung Zeila semakin kuat dan laju.
Tiba-tiba dengan pantas salah satu daripada makhluk itu ke hadapan dan menujukkan mukanya ke cermin tingkap sebelah Zeila.
“Ahhhhhhh,,,,” jerit Zeila sambil menutup mukanya pada bahu Halim. Badan Zeila mengiggil ketakutan. Halim memeluk Zeila sambil memandang makhluk itu. Mukanya amat mengerunkan.
“Sheessshhh,” pujuk Halim. “Cuba lawan dengan bacaan-bacaan yang saya ajar,” kata Halim perlahan pada telinga Zeila.
Makhluk itu merenung mereka dengan muka yang bengis. Tiba-tiba kereta mereka di goncang> Halim tidak menghiraukan apa yang berlaku ke atas keretanya. Sebaliknya dia terus membaca ayat-ayat Quran untuk melawan makhluk itu. Lama kelamaan goncangan ke atas kereta itu berkurangan dan terus berhenti. Halim terus membaca sesuatu dan makhluk itu makin lama, makin berundur dari kereta dan terus hilang bersama-sama dengan kumpulannya.
Kabus tebal dan suasana hening juga hilang bersama-sama makhluk itu.Setelah lebih kurang lima minit baru Halim melepaskan Zeila dan memberitahu Zeila bahawa semua makhluk itu telah pergi. Zeila dengan perlahan-lahan mengangkat mukanya dan memandang keluar tingkap. Perlahan-lahan dia duduk semula ke kerusinya. Mukanya merah kerana malu dengan perbuatannya tadi.
“Awak okay?” tanya Halim.
Zeila mengangguk kepalanya tanpa memandang Halim. Halim memerhatikan kawasan sekeliling. Sungguh senyap sunyi. Tiada satu kenderaan pun lalu walaupun jam baru menunjuk pukul 9.30 malam. Dia menghidupkan enjin keretanya semula dan meneruskan perjalanannya balik ke rumah Zeila.
eeee terbayang zombie
ReplyDelete