Nadzmi, you inspire me to come out with this story and this is for you and it is only the beginning . Like it?
Sebulan selepas mendaftar......
Azmi dan Zamil menuju ke kafetaria yang terletak di bangunan pelajar. Kafetaria itu agak besar dan bersih. Ramai pelajar suka ke kafetaria kerana mereka boleh mengulang kaji sambil makan. Pada pagi itu, suasana di kafetaria agak bising kerana ramai pelajar di situ. Azmi dan Zamil beratur untuk membayar roti canai dan teh tarik mereka.
Mereka berpusing mencari tempat untuk duduk. Hanya ada satu meja di penjuru kafetaria itu yang masih kosong tetapi meja itu berhampiran dengan meja Alisya. Zamil terus menuju ke meja itu tetapi Azmi memperlahankan langkahnya. Hatinya berdebar-debar bila melihat Alisya.
“Azmi, sini,” panggil Zamil apabila melihat Azmi berdiri tercegat di tengah kafetaria.
Alisya yang terdengar panggilan Zamil itu menoleh kearah Azmi. Dia melemparkan senyuman pada Azmi. Azmi gelabah, tunduk dan terus jalan kearah Zamil.
wahhh dah ada story ni...mana si hero ni,dh baca ke blom????
ReplyDeletedah baca.. heee~ nanti aunty ni sambung sebab dah dapat storyline.. kan kan kan :)
ReplyDelete