Tegak bulu roma Zeila apabila mendengar suara itu. Cepat-cepat dia mandi dan mengambil wudhu. Apabila sudah keluar dari bilik air, Zeila segera mendapatkan ibunya.
“Bu, bu. Ada tak dengar suara memanggil tadi?” tanya Zeila pada ibunya.
“Suara apa? Kat mana?” tanya ibu Zeila
“Tadi masa Zeila mandi, ada terdengar suara sayup-sayup memanggil. Tak tau siapa yang dipanggilnya,” jelas Zeila.
“Tak ada ibu dengar pun. Perasaan Zeila aje ni. Dah, pergi solat supaya perasaan mengarut tu hilang,” suruh ibunya.
Zeila pun pergi ke bilik nya dan terus solat Isha. Selepas solat, Zeila pun membaca Quran sekejap sebelum keluar semula untuk berborak dengan ibunya. Tidak lama itu, ibunya masuk ke dalam untuk tidur. Zeila cuba untuk menonton tv, tetapi fikiran bercelaru mengenang kejadian yang berlaku pada petang ini. Zeila menutup tv dan terus menuju ke biliknya.
Di capainya buku cerita Nora Roberts yang dibawanya bersama untuk dibaca tetapi, tiada konsentrasi. Di tutupnya buku itu dan dia cuba melelapkan matanya. Baru saja dia hendak tidur, tiba-tiba terdengar cakaran dari luar rumahnya. Zeila menutup matanya rapat-rapat ketakutan sambil membaca ayat-ayat Quran. Setelah lebih kurang sepuluh minit, cakaran itu berkurangan dan akhirnya hilang. Zeila terus tertidur.
Tiba-tiba, Zeila terjaga. Terasa macam ada sesuatu yang menghampiri dirinya. Bila di buka matanya, terdapat makhluk putih menuju ke arahnya. Dia cuba bangun dan lari dari makhluk putih itu tetapi badan dan kakinya kaku tak bergerak. Di cubanya menjerit, tiada jeritan yang keluar dari mulutnya. Dia mula panik. Zeila meronta-ronta untuk bangun tapi gagal. Akhirnya Zeila teringat untuk membaca ayat-ayat Quran.
Makhluk berambut putih dan panjang itu terus menghampiri Zeila. Dia seolah olah terbang menuju ke arah Zeila sambil merenung Zeila. Setelah lama memandang Zeila, benda putih itu senyum. Senyuman dan renungan benda putih itu menyeramkan Zeila. Zeila menutup matanya sekuat-kuat hatinya. Di dalam hatinya, dia terus membaca ayat ayat Quran.
“Jangan takut,” kata benda putih itu. “Aku datang nak tengok kau. Kau langgar saudara aku tadi dan kau tak berhenti pun. Kalau saudara aku mati, aku akan ambil kau jadi gantinya,” kata benda putih itu sambil ketawa kuat.
Zeila terus mengiggil ketakutan. Dia terus membaca ayat-ayat Quran.
Benda putih itu kemudian menghulur tangannya dan memegang bahu Zeila. Zeila terus menjerit. Kali ini jeritannya didengari oleh ibu dan ayahnya.
Ibunya yang tidur di bilik sebelah terus bergegas ke bilik Zeila apabila mendengar jeritan Zeila. Di lihatnya Zeila seolah-olah meronta seperti mengelakkan sesuatu.
“Zeila! Zeila!” gerak ibunya.
Zeila membuka matanya dan apabila terpadang wajah ibunya, dia terus memeluk ibunya. Ibunya dapat merasakan degupan jantung Zeila yang kencang itu.
“Kenapa ni?”, tanya ibunya.
“Zeila mimpi ada makhluk putih datang kat Zeila dan memegang bahu Zeila. Zeila ketakutkan dan menjerit. Asalnya suara Zeila tak keluar,” jelas Zeila.
Ibunya memandang Zeila dengan perasaan cemas dan dalam hatinya tertanya-tanya apa yang sudah berlaku.
“Ada apa-apa yang aneh berlaku ke tadi masa dalam perjalanan?” tanya ibu Zeila.
“Tadi masa sampai kat Bukit Putus, Zeila macam terlanggar sesuatu. Bila Zeila tengok kat cermin kereta, tak ada apa-apa pun. Lepas tu, sampai kat Ulu Bendol, ada satu Pakcik tua tahan kereta Zeila. Zeila tak nak berhenti tapi macam kereta Zeila berhenti sendiri. Pak cik tu turun kat kawasan kubur kat Terachi,” terang Zeila pada ibunya.
“Ish! Ish! Ish. Kau ni Zeila tempat-tempat tu kuat penunggunya. Pergi ambil wudhu dan mari kita sembahyang,” ajak ibunya.
Zeila dengan berat hati menuju ke bilik air. Dia masih merasa seram apabila berada di bilik air tu. Dia merasa seolah-olah ada mata yang memandangnya.
Keesokkan harinya, apabila mereka hendak menaikki kereta ke hospital, Zeila terpandang ada sesuatu di keretanya. Secebis kain putih terletak di depan bahagian depan keretanya.
Kain apakah itu? Dari mana datangnya cebisan kain putih itu? Tunggulah sambungan nya….
kain putih misteri
ReplyDeletejeng jeng jeng.... sambung cepat, sodap plak lah ha cito ni.
ReplyDelete