Monday, June 28, 2010

Ghost Stories -#1

Jam telah menunjukkan pukul 6pm dan mesyuarat dengan bossnya masih belum nampak tanda akan berakhir. Zeila gelisah kerana dia hendak balik ke kampungnya di Kuala Pilah malam ini. Dia tidak mahu tiba di kampungnya lewat malam tambahan untuk melalui Bukit Putus, yang gelap, sunyi dan mempunyai penghuni, seorang diri.

Sebaik sahaja mesyuarat berakhir, jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Zeila cepat-cepat menuju ke tempatnya dan berkemas.

"Ah! alang-alang dah pukul 7.10 malam, lebih baik aku sembahyang maghrib dulu sebelum balik," bisik hati Zeila. Selepas siap berkemas, Zeila membawa laptop dan begnya menuju surau.

Selepas maghrib, Zeila pun menuju ke keretanya yang terletak di bahagian bawah bangunan pejabatnya. Tiba-tiba dia merasa seperti ada orang memerhatinya. Dia memandang sekelilingnya dan hanya kuching hitam saja yang kelihatan memandang Zeila. Zeila cepat-cepat berjalan ke keretanya sambil memicit kunci keretanya. Berkali-kali di picitnya penggera kunci kereta Toyota Viosnya tapi pintu tak terbuka. Dia mula panik. Apabila sampai di keretanya baru pintu kereta boleh di buka. Zeila cepat-cepat masuk dan menghidupkan keretanya.

Sesampai di rumah, Zeila menyaling pakaiannya dan memasukkan barang-barang yang hendak dibawa balik ke kampung ke dalam kereta. Kawan serumahnya, Alin menegur Zeila, "Eh! Ingatkan kau dah balik?"

"Belum lagi. Boss aku panggil meeting last minute dan habis pukul 7 tadi. Kalau aku tak janji dengan mak aku, aku tak jadi balik," kata Zeila.

"Call aje mak kau. Cakap yang kau tak boleh balik malam ni," kata Alin pada Zeila.

"Tak bolehlah. Bapa aku sakit jadi aku janji nak bawa dia ke hospital esok pagi. Itu sebab aku kena balik malam ni juga. Oklah. Aku balik dulu. Assalamualaikum," kata Zeila.

"Walaikumusalam. Hati-hati di jalan raya. Jangan jadi speed demon pulak. Kirim salam pada mak dan ayah kau ya," pesan Alin pada Zeila.

Zeila pun menuju ke arah Seremban. Jalan tak adalah sibuk memandangkan ianya sudah pukul lapan malam. Sesampai di Tol Sg Besi, Zeila lihat berderet-deret kereta.

" Apa pulak ni. Dalam aku nak cepat, ada-ada aje," sungut Zeila seorang diri. Kereta tak bergerak selama satu jam dan apabila jalanraya reda, Zeila lihat ada kemalangan maut berlaku.

"Oh! Accident. Patutlah," kata Zeila sambil menjeling kawasan kemalangan. Dia terus memecut laju menuju ke arah Seremban dan pada ketika itu, jam telah menunjukkan pukul 9 malam. Zeila terus memasukki laluan ke Senawang dan apabila keluar dari Senawang menuju ke Kuala Pilah, hujan renyai-renyai mula turun.

Dalam perjalanan menuju ke Kuala Pilah, tiba-tiba Zeila merasa kurang sedap. Di bukanya lagu sekuat hatinya untuk mengurang rasa kurang senang itu. Apabila menghampiri Bukit Putus, Zeila terbau bau yang wangi.

"Oh! Bau apa tu," bisik hati Zeila. Sedang dia memberanikan hatinya untuk melalui Bukit Putus, tiba-tiba kelihat satu kelibat putih lalu di depannya. Zeila terlanggar benda putih itu. Dia tidak berani nak berhenti dan terus memandu.

Apakah kesudahan cerita ini? Jangan lupa sambungan nya

To Be Continued....

5 comments:

  1. alamak citer antu plak...ok ditunggu ni sambungannya

    ReplyDelete
  2. pergh suspend tul ending ep 1... syabas ateh..

    ReplyDelete
  3. wah...ade bakat lah Kak..

    ReplyDelete
  4. kak zai..nampaknya bertambahlah tempat Arda lepak baca cerita hantu..very good

    ReplyDelete
  5. Pergghh, menarik ni....patutla anak i suka

    ReplyDelete