Friday, July 2, 2010

Ghost Stories - #5

Ke esokkan paginya, ibu Zeila hairan kenapa Zeila masih belum bangun solat Suboh. Di ketuknya pintu bilik Zeila, tiada jawapan.

“Zeila! Zeila!” panggil ibunya. “Bangun Zeila. Subuh dah nak habis ni”

Senyap, tiada jawapan dari dalam bilik Zeila.

“Eh! Senyap aje ni,” kata ibu perlahan.

Ibunya pun cuba membuka pintu itu dan apabila ditolak, pintu itu terbuka. Di lihatnya Zeila tiada di katil. Ibunya pun bertambah hairan kemana perginya Zeila. Dia masuk ke dalam dan memandang keadaan sekeliling bilik. Semuanya teratur seperti biasa. Ibunya keluar dan pergi ke bilik air pula. Zeila tiada juga di sana. Di bukanya tingkap dapur untuk melihat jika Zeila sudah keluar. Selipar dan kereta Zeila ada diluar tapi Zeila tidak kelihatan.

“Mana pergi budak ni?” kata ibunya.

“Abang! Abang! Ada nampak Zeila tak?” tanya ibu Zeila.

“Tak ada. Aku bangun subuh tadi, dia belum bangun lagi,” jelas ayah Zeila.

“ Zeila tak ada dalam bilik dia. Barang-barang dan keretanya masih ada tapi dia tak ada dalam rumah ni,” kata ibunya pada ayah Zeila.

“Alaa. Agaknya dia pergi bersenam. Iyalah kalau kat KL tu kan dia selalu exercise,”jelas ayah Zeila.

Ibu Zeila diam mendengar penjelasan suaminya. Dalam hatinya mungkin juga. Budak-budak muda zaman sekarang ni exercise selalu nak jaga badan. Dia terus ke dapur dan menyediakan sarapan pagi. Setelah siap, diletaknya kuih di atas meja dan menunggu Zeila pulang.

“Dah pukul 7.30 pagi ni, bang. Zeila tak balik lagi,” kata ibunya sambil memakan kuih kodok. Perasaan risau masih ada lagi.

“Kejap lagi baliklah dia nanti,” kata ayahnya.

“Tapi peliklah. Selalunya dia akan beritahu Eton, kalau dia nak ke mana-mana,” kata ibu Zeila lagi.

Ayah Zeila terdiam mendengar itu. Dia pun mula risau bila mendengar kata-kata isterinya. Setelah menunggu sampai pukul 10 pagi, ibu Zeila mula panik. Dia keluar mencari Zeila di sekitar kampong. Berita kehilangan Zeila mula tersebar seluruh kampong. Sedang ibu Zeila mencari Zeila, ayah Zeila pula menalipon abang-abang dan kakak-kakak Zeila. Semua merasa pelik kerana Zeila tidak berkelakuan sebegini.

Orang –orang kampong yang mendengar berita kehilangan Zeila mula berkumpul di rumah Zeila. Selepas Zuhur, Ketua Kampung, Pak Ali, tiba dan terus masuk berjumpa ibu dan bapa Zeila.

“Assalamualaikum, Bang Aji, Kak Aji,” tegur Pak Ali.

“Waalaikumussalam,” jawab mereka.

“Saya dengar Zeila hilang. Betulke?” tanya Pak Ali.

“Entahlah Ali. Sejak pagi ni dia tak ada kat rumah. Hilang ke atau dia pergi rumah kawan ke, Kak Aji tak pasti. Yang pastinya, dia tak ada kat rumah sekarang,” jelas ibu Zeila.

“Malam tadi dia ada cakap apa-apa kat Kak Aji?’ tanya Pak Ali.

“Tak ada. Tapi malam tadi dia masuk tidur cepat sebelum akak masuk,” ibu Zeila. “Akak tak ada pulak terdengar dia keluar,” sambung ibu Zeila lagi. “Pagi ni, baru akak sedar dia tak ada bila akak kejutkan dia bangun sembahyang subuh, Akak ingat dia sakit sebab malam hari tu dia ada mimpi yang menakutkan. Akak ketuk pintu bilik dia, tak ada jawapan. Akak tengok barang
barang dia masih ada.,” jelas ibu Zeila.

“Dah report kat polis?” tanya Pak Ali lagi.

“Belum lagi sebab takut dia balik. Bila si Zuki balik nanti, Akak suruh dia buat laporan polis,” jelas ibu Zeila.

“Hmm..”, kata Pak Ali sambil berfikir. “Kalau gitu saya ajak orang kampong cari Zeila. Mana tau dia masuk kat hutan belakang sana tu dan lupa cari jalan keluar,” kata Pak Ali.

Pak Ali keluar dan terus mengajak orang kampong yang ada di rumah Zeila bersama-sama mencari Zeila. Mereka di bahagikan kepada empat kumpulan.

“Okay, Said! Kau dan kumpulan kau pergi cari arah ke Tanjong. Leman, kumpulan kau ke arah Terachi, Rashid kau bawa team kau ke baruh dan Aziz dan kumpulan kau ke darat. Pak Ali dan Pak Hitam tunggu kat sini. Pukul 5 petang kita berkumpul kat sini semula. Kalau sesiapa jumpa Zeila, beritahu kami kat sini cepat-cepat,” arah Pak Ali pada orang kampong..

Mereka mula bergerak mencari Zeila. Sementara itu, kaum wanita datang membantu ibu Zeila dan ayahnya. Mereka menolong menghidang minuman dan juga mengemas apa-apa yang patut.
Sedang mereka menanti kumpulan pencari itu pulang, bapa Zeila yang sudah uzur dan sakit itu, mula merasa sesak nafas. Cepat-cepat Pak Ali dan Pak Hitam memapah ayah Zeila ke dalam bilik.

“Bang Aji jang risau. Kami ada kat sini. Kami akan cari Zeila sampai jumpa”, jelas Pak Ali.

Sedang mereka berada di dalam bilik ayah Zeila, abang Zeila, Marzuki, balik bersama abang sulungnya, Mazlan dan keluarganya.

“Assalamualaikum,” tegur mereka.

“Waalaikumussalam,” jawab mereka semua.

“Zeila dah jumpa?” tanya Mazlan.

“Belum Lan. Pak Ali dah suruh orang kampong cari Zeila kat seluruh kampong ni. Sampai sekarang ni belum ada terima berita Zeila di temui,” jelas ibu Zeila. “Kalau tak jumpa juga, ibu tak tau lah Lan apa nak buat,” kata ibunya sambil menangis.

“Sudahlah tu Bu. Lan dan Zuki akan cari Zeila sampai dapat. Cuba ibu ceritakan pada kami apa yang berlaku,” pinta Mazlan..

Ibu mereka pun bercerita kepada tentang kejadian ganjil yang telah berlaku pada adik mereka. Mereka terdiam tak terkata apa-apa.

Tepat pukul 5 petang, kumpulan pencari pulang dan semua berkumpul di depan rumah Zeila. Semua mengatakan mereka tidak nampak tanda-tanda yang Zeila berlari atau melalui tempat itu.

“Agaknya dia di culik mahkluk halus tak Pak Ali,” kata Samad.

“Ish! Kau ni. Jangan cakap yang bukan-bukan,” kata Aziz.

“Kampung ni tak pernah ada kehilangan seperti ini,” kata Pak Ali. “Aneh sungguh.kejadian ini,” jelasnya Pak Ali lagi.

“Saya rasa kita kena minta pertolongan Ustaz, Pak Ali,” kata Leman.

“Mungkin Pak Imam boleh tolong kita, Pak Ali”, ujar Samad. “Biar saya pergi jemput Pak Iman tu,” kata Samad lagi.

“ Baiklah,” kata Pak Ali.

Mereka pun bersurai apabila Marzuki ternampak orang tua yang berkopiah putih itu berdiri jauh dari mereka. Dia hanya berdiri dan mendengar apa yang di bincangkan. Dia menggeleng – geleng kepalanya. Marzuki pergi mendekatinya.

“Assalamualaikum Pak cik,” tegur Marzuki.”Saya nampak Pakcik menggeleng –geleng kepala masa mendengar perbincangan tadi. Pak cik tahu ke apa yang berlaku?”

“Cari orang yang benar-benar hebat. Bukan senang nak lawan benda ini,” kata orang tua itu lagi.

“Pak cik siapa?”, tanya Marzuki.

“Tak perlu tahu tapi ingat cakap Pakcik,” pesan orang tua itu.

“Jom masuk dulu Pakcik,” ajak Marzuki.

Marzuki mula berjalan ke dalam dan apabila dia berpusing semula untuk menjemput orang tua itu masuk, orang tua itu tidak kelihatan lagi.

Siapakah orang tua ini dan apa yang di ketahui olehnya?

Tunggu sambungan hari Isnin….

4 comments:

  1. aaa hari isnin ke??? hahaha saya sudah syok membaca

    ReplyDelete
  2. Chiiittt!!! ini dah macam jadual akasia!! takmo lah hari senin teh. Posting copek. Manolah si ziela nih. si bunian ko yg amik. uhukkkssss... terseksa cam ni nak tunggu isnin.

    ReplyDelete
  3. bookmark* next time sambung lg...

    ReplyDelete
  4. hahahaha ilex2 kak yong...tu baru ada suspen kena tuggu lelama sket hahaha

    ReplyDelete