Monday, June 28, 2010

Ghost Stories - #2

"Alamak! Apa yang aku langgar tadi," kata Zeila sambil memandang ke belakang melalui cermin keretanya. Tiada apa yang di lihatnya di jalan raya.

Zeila terus memecut laju dan apabila berada di puncak Bukit Putus, tiba-tiba keretanya berasa berat.

"Eh! Apa ni," bisik hati Zeila. Dia tidak gugup sebaliknya dia terus membaca ayat-ayat Quran yang di ingati. Selepas beberapa ketika keretanya merasa ringan seperti biasa. Hujan terus turun dan apabila sampai di Ulu Bendul, sebuah kawasan rekreasi, terdapat seorang lelaki tua berdiri di tepi jalan. Pak cik tua itu terus mengangkat tangan menahan kereta Zeila. Zeila tidak berani hendak berhenti tetapi keretanya tiba-tiba merasa berat dan berjalan perlahan. Akhirnya, keretanya berhenti tidak jauh daripada orang tua itu berdiri. Orang tua itu cepat-cepat berjalan menuju kereta Zeila.

Pada mulanya Zeila tidak berani nak membuka pintu kereta itu tetapi bila di pandang muka pak cik tua itu, dia tidak sampai hati. Di bukanya pintu itu dan orang tua itu pun masuk ke dalam kereta.

"Terima kasih nak kerana sudi berhenti. Pakcik nak balik kat Terachi. Pakcik terlepas bas tadi dan puas Pakcik tahan kereta satu pun tak berhenti," kata Pakcik tua tu.

"Tak jadi masaalah Pak Cik. Pak Cik nak kemana tadi?" tanya Zeila.

"Pak Cik nak balik rumah kat Terachi. Anak tau kan?", tanya Pak Cik tua tu lagi. "Tau. Saya nak ke Tanjong Ipoh," kata Zeila.

Sambil Zeila membawa kereta itu, Pak Cik tua tu memandang Zeila sambil bercerita pasal anak-anak dan cucu-cucunya. Zeila hanya mengiyakan sahaja tanpa menambah apa-apa kerana hatinya masih bimbang dengan kejadian tadi. Sesampai di kawasan perkuburan Islam di Terachi, Pak Cik tua tu menyuruh Zeila berhenti.

"Nak, nak berhenti di sini aja. Dah sampai dah rumah Pak Cik. Terima kasih sebab membawa Pakcik," kata Pakcik tua itu.

Zeila memberhentikan keretanya di bahu jalan dan Pak Cik tua itu mengucapkan terima kasih. Zeila terus jalan dan apabila di pandang ke belakang, tiada lagi kelibat orang tua itu. Zeila terus memecut kereta dan sampai di rumahnya. Rumah Zeila terletak antara rumah makcik-makciknya. Di depan Mak Som dan di kanan Mak Jah. Di sebelah kiri pula jalan kecil menuju ke jirat Cina di belakang rumahnya. Zeila mematikan keretanya di pintu dapur rumahnya. Ibunya sudah menunggu di depan pintu.

Apabila di lihatnya Zeila cemas, ibunya bertanya, "Kenapa ni Ila?"

"Tak da apa Bu," kata Zeila sambil cuba mengelakkan dari di soal oleh ibunya.

"Kenapa lambat sampai. Risau ibu di buatnya?", tanya Ibu Ziela.

"Meeting habis lambat dan kat Sg Besi tadi ada accident. Mati orang tu," jelas Zeila pada ibunya.

Zeila terus membawa barang-barang nya masuk ke dalam. Di letaknya beg baju dan komputer di dapur dan menghulur tangan kepada ibunya. Di ciumnya tangan ibunya dan dipeluk ibunya..

"Ayah macam mana Bu?", tanya Zeila sambil membawa begnya kebilik.

"Ada kurangnya. Dah makan?" tanya ibu Zeila.

"Makan sikit je tadi. Nak cepat," jawab Zeila.

"Ibu ada masak lauk kegemaran kau. Goreng sambal sardin, lauk ubi kentang masak kuning dan ikan masin. Pergilah makan dulu," suruh ibu Zeila.

Setelah meletekan barangnya di bilik, Zeila singgah di bilik ayahnya. Kelihatan ayahnya terbaring di atas katil.

"Assalamualaikum ayah. Zeila dah sampai. Ayah apa khabar?," tanya Zeila sambil menghulur tangan kepada ayahnya.

"Walaikumussalam. Beginilah keadaan ayah. Lemah, sakit perut, kepala dan rasa loya-loya," jawab ayahnya lemah. "Dah makan?" tanya ayahnya pula pada Zeila.

"Belum. Nak pergilah ni. Ayah tidurlah dulu," kata Zeila pada ayahnya.

Zeila menuju ke dapur dan di dapati ibunya telah menghidang makanan di meja.

"Tak payah susah-susah ibu," kata Zeila. "Zeila boleh ambil sendiri," katanya lagi.

"Alah takpa. Bukannya susah pun," kata ibu Zeila. Zeila pun duduk di meja.

"Wah! Bestnya! Tak rugi Ila balik malam ni," kata Zeila sambil menyuap makanan.

Setelah selesai makan, Zeila mengemas dan mencuci pinggan. Kemudian dia menuju ke bilik air, yang terletak di luar rumah untuk mandi. Tiba-tiba Zeila terhenti daripada membuka pintu. Dia merasai seperti ada sesuatu yang memerhatinya. Di pandangnya ke dalam, tiada apa di belakangnya. Untuk menghilangkan rasa takutnya, Zeila membaca ayat kursi. Kurang rasa takutnya.Dia melangkah masuk dan sedang dia mandi, terdengar suara sayup-sayup memanggil.

Suara apakah itu? Siapakah yang dipanggil oleh suara itu?

Sila ikuti sambunganya..... To Be Continued.....

5 comments:

  1. eeeyawww suspen betul pakcik tuh ehh...
    ok ditunggu bahagian seterusnya

    ReplyDelete
  2. ending kasik vasst lagi eh... tak mo la yg predictable. thank u for the story!

    ReplyDelete
  3. best best... sambung ke ep 3 plak.

    ReplyDelete
  4. dialog tulih lah bahaso nismilan..

    ReplyDelete
  5. ni jiran mak jah nabil ko zai?...hehehe

    ReplyDelete