Thursday, August 12, 2010

Dendam Bukit Putus - Episode Akhir

“Awak okay?” tanya Halim sambil berpusing memandang Zeila.

Zeila mengangguk kepalanya dan Halim menghulur tangannya pada Zeila. Zeila menyambut tangan Halim dan Halim menariknya bangun.

“Ouchhhh!” jerit Zeila kesakitan.

Memandang Zeila kesakitan, makhluk itu terus menyerang mereka. Kali ini Halim lebih bersedia dan menahan dengan kedua-dua tangannya. Makhluk itu jatuh terperlanting dan terbaring. Melihat makhluk itu terbaring, Halim cepat-cepat mengangkat kaki mahu memijaknya tetapi makhluk itu tangkas bangun mengelak Halim.

Memandang Zeila tidak boleh bergerak, Halim menjauhkan dirinya dari Zeila dan besedia melawan makhluk itu. Sementara itu Zeila terus membaca ayat-ayat yang telah di ajar dan akhirnya dia boleh menggerakan kakinya. Dia cuba berlari ke keretanya tetapi harimau besar itu berada tidak jauh darinya.

“Alamak. Macam mana ini?” kata Zeila.

Dia akhirnya berlari kearah kambing itu. Halim terus bertarung dengan makhluk itu. Halim jatuh tersungkur apabila terkena tendangan makhluk itu. Zeila yang melihat Halim jatuh berhampiran dengan gaung itu, terus berlari kearah Halim.

Makhluk itu cuba menghalang Zeila tetapi Zeila lebih pantas dan menarik Halim naik. Halim tercedera terkena pukulan makhluk itu. Darah keluar dari mulutnya. Zeila cemas melihat Halim sebegitu.

“Halim, awak okay ke?” tanya Zeila.

Halim mengangguk kepalanya dan cuba bangun tetapi gagal. Zeila cuba mengangkat Halim tetapi tidak berdaya. Melihat Halim terbaring, makhluk itu terus mahu menyerang Halim. Memandang mahkluk itu datang menyerang, Zeila bertekad untuk melawan makhluk itu.

Dia yang tidak lupa membaca ayat yang di beri oleh Halim dengan pantas bangun menahan serangan mahkluk itu. Makhluk itu tergamam dengan pukulan Zeila. Pukulan Zeila lebih kuat dan menyakitkan daripada Halim.

Melihat Zeila dapat menahan serangan mahkluk itu, Halim mengangguk kepalanya memberi persetujuan. Sementara itu, Halim cuba bangun. Zeila cepat-cepat menolong Halim. Melihat Zeila dan Halim bersama di tepi tebing itu, makhluk itu terus menyerang Halim. Tetapi kali ini Halim telah bersedia. Halim menahan serangan makhluk itu dan pada waktu yang sama Zeila telah melepaskan satu pukulan pada leher mahkluk itu.

Makhluk itu kesakitan dan melihat paduan Zeila dan Halim amat kuat, dia meghilangkan diri. Zeila dan Halim berpandangan antara satu sama lain. Mereka dengan perlahan berjalan menuju ke kereta. Belum sempat sampai ke kereta, Zeila terasa ditarik tangannya dan apabila dia berpusing di lihatnya makhluk itu cuba membawa dia pergi.

Dia meronta dari makhluk itu dan pada masa yang sama Halim berpusing dan melepaskan tendangan tepat pada dada makhluk itu. Makhluk itu terpelanting agak jauh dan terduduk. Halim terus melepaskan tendangan pada makhluk itu dan makhluk itu kalah dan tidak terdaya melawan Halim.

Dia terus menghilangkan diri. Tidak lama kemudian kambing putih itu juga hilang. Yang terdengar hanya bunyi kambing mengembek. Kabus tebal itu juga telah mula berkurangan sedikit demi sedikit.

“Uhh! Lega dia dah pergi bawa kambing itu,” kata Halim yang masih sakit.

Zeila berhenti berjalan tanpa disedari oleh Halim.

“Halim! Halim!” panggil Zeila perlahan.

Halim berpusing apabila melihat Zeila memanggilnya. Zeila menunjukkan harimau yang masih ada di tepi kereta mereka.

“Ooopppss!” kata Halim sambil berundur kearah Zeila.

“Macam mana ni?” kata Zeila.

Halim panik kerana dia tidak tahu macam mana hendak melawan harimau itu. Lama mereka berdiri di situ memandang harimau itu. Akhir sekali harimau itu mengaum kuat dan beredar pergi dari situ. Halim dan Zeila masih terdiri di tempat yang sama apabila harimau itu hilang tiba-tiba.

Zeila dan Halim berlari ke kereta dan apabila Halim membuka pintu kereta, Zeila masuk di sebelah pemandu dan Halim sebelahnya.

“Eh! Bagi saya bawa,” kata Halim.

“Tak pa. Biar saya bawa sebab awak cedera. Lagipun ini kereta saya,” kata Zeila.

Halim menyerahkan kunci keretanya pada Zeila. Zeila menghidupkan enjin keretanya dan di waktu yang sama awan gelap mula datang dari arah gaung. Zeila dengan cepat memandu keretanya kearah rumahnya.

Sepanjang perjalanan balik, awan hitam itu mengekori mereka hinggalah ke rumah. Bila Zeila dan Halim berhenti, ibu Zeila serta ayahnya dan Zuki sudah sedia menunggu.
Zuki membawa Halim masuk kerana dia cedera. Halim meminta air dan menyuruh Zuki mengambil botol minyak kecilnya.Selepas minum air dan menyapu minyak, Halim tidur.

Sementara itu Zeila menceritakan pada mereka apa yang berlaku. Dia juga menceritakan pasal harimau yang di mengekori mereka dan pergi setelah mereka berjaya menewaskan mahkluk itu.

Pada esok harinya, bangkai kambing putih itu di jumpai tidak jauh dari rumah Zeila. Mereka terperanjat melihat bangkai itu dan bersyukur mahkluk itu menerima pertukaran itu.


Dua minggu kemudian…..

Zeila telah pulih dan kembali bertugas. Begitu juga dengan Halim. Kecederaannya pulih setelah dia mendapat rawatan seterusnya dari Ustaz Kasim. Tiada lagi gangguan di kampong Zeila dan orang-orang kampong sudah mula kembali keluar malam.

Tiba-tiba mereka di gegarkan dengan berita kemalangan ngeri yang berlaku di Bukit Putus. Pemandu kereta itu seorang gadis telah maut apabila keretanya jatuh ke dalam gaung.

Jauh di atas bukit itu, makhluk itu tersenyum puas kerana telah berjaya mendapat apa yang di hajatinya.


~~~~TAMAT~~~~

4 comments:

  1. Maknanya, siapa yang makan kambing tu? harimau or makhluk tu? Dan sigadis itu pertukaran dari Ziela?

    ReplyDelete
  2. wah mmg kelas citer ateh... akhirnyer makhluk tu dpt galang ganti... teringat cikgu sekolah dulu meninggal accident kat bkt putus.

    ReplyDelete
  3. Qis: Terpulang pada pembaca sapa. Masih banyak yang belum terjawabkan - harimau, siapa yang mati. Inilah raw version yang tak ada kritikan.

    ReplyDelete
  4. wah berdebar2 membaca cerita ni.best sgt!

    ReplyDelete