Friday, October 18, 2013

Moody...


Hari ini
Kepala pusing
Tak tahu kenapa
Aku jadi pening

Pagi ni
Semua okay
Siap berbalas
Mesej lagi
Dengan member
Gelak-gelak
Penuh dengan teaser

Masuk office
Masih senyum
Masih mengusik
Anak buah ku
Ahh… inikan hari Jumaat
Relax lah sikit

Dengan senyum
Buka email
Senyum lagi
Dapat mesej
Dari seseorang

Tiba-tiba
Nafas ku sesak
Senang-senang
Suruh ku buat.

Heh!
Bila masa
Jadi kerja ku
Pandai betul kau kan
Taici kerja mu

Hah… ini lah dia
Dunia koperat
Atau dunia keparat
Asyik kerja
Mengampu orang
Asalkan
Dirinya senang

Tapi
Bukannya aku
Untuk jadi
Kaki mengampu

Kerana bengang
Otak ku
Terus shutdown
Tak mahu berfikir lagi
Lalu
Ku tinggalkan kerja ku…

Biarlah aku
Melayan mood ku
Ahh... inikan hari Jumaat...
Relax lah

No comments:

Post a Comment